MySalam : Bantuan Khas RM700 Akan Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Khas RM700 Akan Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini!

Buat makluman anda, terdapat bantuan yang akan dikreditkan secara automatik tanpa perlu memohon. Bantuan ini diberikan sehingga Disember 2022.

Bantuan MySalam RM700 merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia untukĀ  tujuan perlindungan takaful bagi golongan yang berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.


Skim ini adalah bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Isi Kandungan

MANFAAT MYSALAM BANTUAN KHAS RM700



Berikut akan dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti yang berikut:

  • Menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan dalam masa yang diumumkan.
  • Menerima bayaran harian dalam tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan lagi kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.




Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM BANTUAN KHAS RM700



Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan permohonan:

  • Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
  • Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.

CARA TEBUS MYSALAM BANTUAN KHAS RM700




Berikut akan dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:

  • Penerima BKM akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
  • Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/.
  • Kepada semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi talian 1-300-888-938.

SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT MYSALAM BANTUAN KHAS RM700



  • Meningitis Bakteria
  • Alzheimer/ Demensia teruk
  • Kanser
  • Pembedahan Otak
  • Koma
  • AIDS Gejala Penuh
  • Serangan Jantung
  • Jangkitan HIV
  • Stroke/ Angin Ahmar
  • Dan penyakit kritikal yang lain anda boleh rujuk DI SINI.

Leave a Comment