TERKINI : Permohonan Rumah Mesra Rakyat PMR 2022 Kini Telah Dibuka ~ Mohon Sekarang!

Kongsi Artikel Ini

Permohonan Rumah Mesra Rakyat.

Untuk pengetahuan anda, terdapat bantuan RM20,000 untuk mereka yang ingin membina rumah idaman di tanah sendiri. Berikut adalah maklumat lanjut bmengenai antuan tersebut.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB telah diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.


Baca Juga:

Isi Kandungan

PENGENALAN RUMAH MESRA RAKYAT



Buat makluman anda, RMR diwujudkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 serta pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah:

Harga & Reka Bentuk Rumah Mesra Rakyat




Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat yang telah dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:

Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300

Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga : RM85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM350

Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah Sarawak/Labuan)

  • Harga : RM75,000 hingga RM106,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300 hingga RM470

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT



Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon subsidi RMR:

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah usang/ tidak sempurna.
  • Tapak/ tanah adalah sesuai dan bebas daripada gadaian/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran pemilik.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk).

CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT




Berikut adalah cara untuk memohon:

Melalui talian (Secara Online)

  • Anda perlu buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ atau https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan lengkapkan borang pendaftaran
  • Selepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang telah disediakan
  • Lengkapkan borang yang diperlukan
  • Untuk melengkapkan borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak Borang
  • Hantarkan borang beserta dengan dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiran.

Permohonan Secara Manual

Buat makluman anda, borang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan hantar semula ke SPNB setelah permohonan dan dokumen sokongan lengkap.

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT



  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan rumah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan).
  • Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.
  • Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*.
  • Surat Akuan Sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*.
  • Surat kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Nota: Surat pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung/Pegawai Ikhtisas Kelas A.

SPNB berhak bagi mendapatkan dokumen tambahan tertakhluk kepada keperluan mereka dari masa ke semasa.

SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

Maklum balas bagi status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakhluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang telah diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakhluk kepada terma dan syarat.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

Sekiranya terdapat sebarang persoalan dan maklumat yang terperinci, sila hubungi RMR SPNB di talian berikut:

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)

Senarai Cawangan Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut

Cawangan Kedah

  • No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
  • Telefon : 04-4500375 / 04-4500376
  • Faks : 04-4500379
  • Emel : [email protected]

Cawangan Melaka

  • No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
  • Telefon : 06-3369751 / 06-3369752
  • Faks : 06-3369753
  • Emel : [email protected]

Cawangan Negeri Sembilan

  • No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
    Seremban, Negeri Sembilan
  • Telefon : 06-601 4498 / 06-6-1 4350
  • Faks : 06-601 3507

Cawangan Terengganu

  • No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
  • Telefon : 09-6660010 / 09-6660054
  • Faks : 09-6627312
  • Emel : [email protected]

Cawangan Perak

  • No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
  • Tel : 05-5264188 / 05-5263876
  • Faks : 05-5264319
  • E-mail : [email protected]

Cawangan Pahang

  • A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
  • Tel : 09-573 3222
  • Faks : 09-573 3666
  • E-mail : [email protected]

Cawangan Johor

  • Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
  • Tel : 07-2259900 / 07-2259911
  • Faks : 07-2223233
  • E-mail : [email protected]

Cawangan Kelantan

  • No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
  • Tel : 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
  • Faks : 09-7885545
  • E-mail : [email protected]

Cawangan Sarawak

  • Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.
  • Tel : 082-230032 / 082-240032
  • Faks : 082-230055
  • E-mail : [email protected]

Cawangan Sabah

  • Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
  • Tel : 088-791610 / 088-791612
  • Faks : 088-791613
  • E-mail : [email protected]

Leave a Comment