Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM1,500 Akan Dibayar Pada Bulan Januari 2023!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM1,500 Akan Dibayar Pada Bulan Januari 2023.

Untuk pengetahuan anda, dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan juga inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara salah satunya melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) oleh Kerajaan Negeri Malaysia dengan jumlah yang telah diluluskan.


Perkara itu juga telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM13 juta.

Sila ikuti maklumat selanjutnya di halaman TriviaMy ini.



Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN




Menurut dari kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – Kerajaan Negeri akan memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada setiap penerima yang layak.

Kepada mereka yang layak adalah kesemua penjawat awam di negeri terbabit dan akan diagihkan pada Januari tahun depan (2023).

Menurutnya lagi, pemberian itu telah diperkenalkan sebagai menghargai penjawat awam di negeri Kelantan.



“Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita telah mencatatkan lebihan bajet selama lima tahun berturut-turut, sudah tiba masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja keras.

“Kita telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500. Bantuan khas ini adalah yang tertinggi dicatatkan untuk penjawat awam negeri,” kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Senarai mereka yang layak menerima Bantuan Kerajaan BKK RM1,500 dibayar bulan ini.




RM300 dah bayar bulan lepas, ini RM300 Bantuan RISDA untuk bulan Disember.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Kedah turut memperkenalkan BKK dengan nilai yang sama kepada semua penjawat awamnya.



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta untuk bantuan itu yang akan dibayar Disember ini.

Leave a Comment