BKM Fasa 4 : Tarikh Semakan & Jumlah Bayaran Disember 2022

Kongsi Artikel Ini

BKM Fasa 4

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada rakyat golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima bayaran sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran Fasa 4 yang berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.



Ramai yang tertanya-tanya berapakah kadar bayaran BKM Fasa 4 yang akan diterima bagi setiap kategori Bujang, Keluarga, Warga Emas dan penerima rayuan?

Berikut dikongsikan info selanjutnya berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 untuk makluman semua.

Baca Juga :

Isi Kandungan

Bantuan Keluarga Malaysia – Bayaran Fasa 4


Bukan semua penerima BKM akan menerima bayaran dalam Fasa 4 kerana terdapat kategori yang telah menerima semua jumlah bayaran yang layak ketika Fasa 3 terdahulu.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori?

Jadual Bayaran BKM Fasa 4

Sila rujuk makluman melalui lampiran jadual di bawah:

BKM Fasa 4




BKM Fasa 4



BKM Fasa 4

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Rayuan BKM




Manakala bagi penerima rayuan, jumlah pembayaran adalah seperti dalam lampiran di bawah:

BKM Fasa 4



BKM Fasa 4

Semakan Status BKM Fasa 4

Anda boleh membuat semakan status kelulusan Rayuan BKM 2022 seperti berikut:


i) Portal Rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my)

  1. Klik Log Masuk BKM
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Maklumat Bayaran (Jika ada)

ii) Aplikasi MyBKM

iii) Talian Hotline BKM 1-800-88-2747

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4




Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diagihkan pada penghujung bulan Disember tahun 2022.

BKM Fasa 4

Maklumat Lanjut



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment