Kemaskini Info Maklumat Asas Permohonan BKM 2022 Kini Dibuka!

Kongsi Artikel Ini

Maklumat Asas Permohonan BKM 2022. Makluman Mengenai Tarikh Kemaskini Info Maklumat BKM Fasa3 kini dibuka mulai 10 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.

Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas seperti maklumat berikut:

    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat emel
    • Nama dan Nombor Akaun Bank
    • Maklumat Perwakilan


Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 ini untuk penerima yang lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja.

Baca Juga:

Isi Kandungan

MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN BKM FASA 3



Buat makluman anda, tarikh kemaskini Maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 10 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022.

Selain daripada itu, kemaskini untuk fasa seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

LHDN telah pun mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM untuk mengemaskini untuk fasa 3.

Diingatkan juga, Kemas kini maklumat ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Maklumat Asas Permohonan BKM

CARA KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN BKM




Untuk makluman, Kemaskini Maklumat BKM Fasa3 peribadi anda di BKM boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/.

Anda perlu Tekan Log Masuk dan Tekan Kemaskini Permohonan. Masukkan No. MyKad lalu tekan Semak.

Isi kesemua maklumat bertanda *, Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha dan Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan.

Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, Anda perlu klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan.

MAKLUMAT ASAS PERMOHONAN BKM YANG LEBIH LANJUT



Untuk makluman anda, permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara manual di cawangan LHDN yang berdekatan.

Anda perlu download borang kemas kini maklumat permohonan BKM lalu bawa ke cawangan LHDN untuk proses yang selanjutnya.

Anda juga boleh Layari

  • Hotline BKK LHDNM: 1800 88 2747
  • Hotline BKK MoF : 03 8882 4565

Atau Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM di e-Mel [email protected].

Leave a Comment