Cara Mohon Bantuan Kewangan SPZAS RM200 ‘One-Off’ Sekiranya Masih Mempunyai Anak Yang Bersekolah

Kongsi Artikel Ini

Cara Mohon Bantuan Kewangan SPZAS RM200 ‘One-Off’ Sekiranya Masih Mempunyai Anak Yang Bersekolah

Untuk makluman anda, dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Kanak-Kanak Rendah & Menengah Selangor (SPZAS Ren & Men) di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Cara memohon khusus untuk mereka yang telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS Ren & Men boleh dihantar secara online melalui Sistem SPZAS LZS.


Baca Juga:

Bantuan Kewangan SPZAS RM200

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN SPZAS RM200



    • Beragama Islam.
    • Warganegara Malaysia.
    • Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun.
    • Permohonan hanya untuk pra sekolah / tadika (5 & 6 tahun) sehingga tingkatan lima (sesi persekolahan 2022 sahaja)
    • Pendapatan seisi rumah mestilah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.




Bantuan ini telah melibatkan sumbangan kewangan kepada mereka yang mempunyai anak bersekolah untuk meringankan beban kos pendidikan pada tahun 2022.

Kadar caruman pula adalah sebanyak RM200 untuk setiap tanggungan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BANTUAN KEWANGAN SPZAS RM200



Pemohon mestilah memuat naik dokumen berikut semasa ingin memohon:

  • Kad pengenalan ketua keluarga & kad pengenalan pasangan.
  • Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga).
  • Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS).
  • Penyata akaun bank ketua keluarga.
  • Penyata / slip gaji ketua keluarga / pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan).

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPZAS Ren & Men beserta dengan Borang A dan Borang B boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS Di Sini, manakala untuk permohonan pula boleh dikemukakan Di Sini.

Leave a Comment