Cara Daftar & Mohon Bantuan TUNAS RM50 Setiap Bulan ~ Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000

Kongsi Artikel Ini

Cara Daftar & Mohon Bantuan TUNAS RM50 Setiap Bulan ~ Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.

Termasuk juga dengan bantuan yang dikenali sebagai Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang telah melibatkan pemberian RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak. Program ini secara asasnya bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran TADIKA anak-anak.


Bantuan ini juga akan disalurkan terus kepada Tabika yang mempunyai sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), dan Jabatan Perpaduan Negara (JPN).

Bantuan TUNAS RM50 Setiap Bulan

Isi Kandungan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAS RM50 SETIAP BULAN



  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah sama ada ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor atau anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor atau ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak:
  • Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.
  • Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
  • Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
  • Untuk anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.

Senarai Tadika DI SINI




Baca Juga:

CARA MOHON BANTUAN TUNAS RM50 SETIAP BULAN



Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi TUNAS. Selepas itu, pemohon perlu mencetak Borang Permohonan yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama:

  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak.
  • Salinan MyKad Ibu.
  • Salinan MyKad Bapa.
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu).
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja Perlu pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja Perlu pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat.
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan:
      • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah ibu.
      • Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja).




Kesemua dokumen tersebut hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke emel [email protected] atau ke alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BANTUAN TUNAS RM50 SETIAP  BULAN

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih teliti dan permohonan boleh dirujuk di pautan https://tunas.yawas.my/



PENGENALAN BANTUAN TUNAS RM50 SETIAP BULAN

Program ini bertujuan membantu meringankan beban ibu-bapa membayar yuran TADIKA anak-anak mereka.

Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Leave a Comment