Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

SUKACITA DIMAKLUMKAN MENGENAI SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENGELUARAN KHAS KWSP & TARIKH BAYARAN

Orang awam di media sosial telah memaklumkan bahawa status Pengeluaran Khas kini telah memaparkan status LULUS setelah mereka selesai membuat semakan di Portal Rasmi PengeluaranKhas dan i-Akaun KWSP.

Status yang telah dipaparkan adalah seperti yang berikut:

Pengeluaran KWSP 1

Dalam notis kelulusan tersebut, tarikh bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 20 April 2022, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Untuk semakan status kelulusan dan juga tarikh bayaran juga boleh disemak melalui i-Akaun. Maklumat dan juga tarikh akan dipaparkan melalui jadual seperti di bawah:

Maklumat Dan Tarikh 1

Untuk makluman kepada anda, Portal Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh diakses mulai 1 April 2022.

Adakah anda sudah membuat permohonan pengeluaran?

Anda perlu tahu tiada pindaan boleh dibuat untuk permohonan kali ini.

Jangan tersilap dan anda perlu pastikan anda telah mengetahui syarat-syarat dan juga cara memilih amaun pengeluaran yang betul.

Kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai langkah-langkahnya dengan mudah.

Permohonan 1

CARA MOHON & SEMAKAN AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS

  • Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  • Klik Mohon Sekarang & Permohonan.
  • Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.
  • Klik Teruskan.
  • Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.
  • Amaun Kelayakan Anda akan tertera, Klik memohon amaun tersebut.
  • Klik Teruskan.
  • Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda. (Ada 2 soalan – Anda boleh menjawab apa saja jawapan pada soalan yang diajukan)
  • Pastikan anda menyemak sekali lagi AMAUN YANG DIPOHON, ini penting.
  • Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.

Anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah:

Rujuk Langkah 1

Anda perlu layari laman web pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Nota Penting 1

Kemudian baca nota penting terlebih dahulu lalu tekan butang TUTUP untuk teruskan permohonan

Permohonan Pengeluaran khas 1

Anda perlu isikan maklumat dalam ruang yang telah disediakan.

Nombor OTP 1

Masukkan No OTP yang telah dihantar ke Telefon Bimbit anda.

Amaun Pengeluaran 1 1

Amaun Kelayakan Anda akan tertera pada skrin.Anda perlu klik untuk memohon amaun tersebut atau isikan lain-lain amaun pilihan anda.

Pilih Amaun 1

Seterusnya, anda perlu isikan maklumat pemohon.

Maklumat Pemohon 1

Kemaskini butiran yang lain sekiranya perlu.

Kemudian anda perlu sahkan maklumat yang telah dipaparkan pada skrin.

Pengesahan Permohonan 1

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan menerima notifikasi seperti yang berikut:

Terima Kasih 1 1

Anda perlu cetak & simpan rekod permohonan untuk rujukan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Tarikh tutup permohonanpengeluaran khas kwsp adalah pada 30 April 2022.

TARIKH SEMAKAN KELULUSAN

Untuk pengetahuan, anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022.

Sekiranya anda diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20 April 2022.

Status Permohonan 1

Cara Semakan Status Pada 9 April

Semua ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 dengan melalui 2 kaedah seperti yang berikut:

i. Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Menu Semakan Status Permohonan

Anda boleh rujuk langkah di bawah:

Untuk Pengeluaran Khas KWSP Kini Dibuka Untuk Semakan (rujuk panduan penuh ini untuk memudahkan proses semakan anda).

  • Anda Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP.
  • Klik ‘Teruskan’.
  • Klik ‘Semakan Status Permohonan’.
  • Isi No MyKad/MyPR/Nombor Passport/MyKAS.
  • Isi No Telefon Bimbit.
  • Sahkan Captcha.
  • Klik ‘Semak Status’.
  • Keputusan Permohonan Akan Dipaparkan seperti di bawah ini.

Semak Status Permohonan KWSP 1

Permohonan Anda Di Terima 1

MAKSUD STATUS PERMOHONAN ANDA

A) Permohonan Anda Telah Diterima:

  • Permohonan Pengeluaran Khas anda telah diterima, sedang disemak dan juga akan diproses secara berperingkat.
  • Bayaran akan mula dibuat pada 20 April 2022.

B) Permohonan Tiada Dalam Rekod:

  • Anda perlu semak semula dan pastikan maklumat yang telah dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  • Sekiranya anda masih mengalami masalah, hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4242 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

Sumber 1

ii. i-Akaun (Ahli)
Menu Pengeluaran – Sejarah Pengeluaran

Sekiranya ingin membuat semakan melalui i-Akaun, anda perlu ikuti langkah berikut:

  • Anda perlu login ke i-Akaun.
  • Pergi ke menu PENGELUARAN/WITHDRAWAL.
  • Klik SEJARAH PENGELUARAN/WITHDRAWAL HISTORY.
  • Search PENGELUARAN KHAS.
  • Status pengeluaran/pembayaran akan dipaparkan.

History 1

Diharap agar info ini dapat membantu anda.

NOTA PENTING

  • Anda perlu buat semakan sebelum menghantar permohonan kerana TIADA PINDAAN AMAUN DIBENARKAN selepas permohonan anda dihantar.
  • Semakan status kelulusan permohonan Pengeluaran Khas KWSP MULAI 9 APRIL 2022.
  • Kaedah pembayaran adalah secara sekali bayar mulai 20 APRIL 2022.
  • Permohonan akan ditutup pada 30 APRIL 2022.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan