Akaun 3 KWSP : Tarikh Pelaksanaan & Syarat Kelayakan

Kongsi Artikel Ini

‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 KWSP dijangka akan dapat dimulakan pada Mei 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum dalam masa terdekat.

Akaun 3 itu hanya boleh dikeluarkan pada waktu kecemasan sahaja, dengan peratusan tertentu. Penelitian sedang dijalankan dari sudut kaedah mengenai akaun ini agar tidak terlalu menjejaskan pendapatan pencarum.

Ini adalah salah satu langkah kerajaan dalam mendengar keluhan rakyat selepas banyak desakan agar dilaksanakan sekali lagi pengeluaran khas. Belanjawan 2024 yang lalu membentangkan KWSP akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum dikenali sebagai Akaun Fleksibel.

Berikut merupakan penerangan lanjut mengenai cadangan pengeluaran pasca persaraan berkala KWSP sebagai rujukan.

Akaun 3 KWSP

Isi Kandungan

Apakah Akaun 3 KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Walaubagaimanapun, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak, Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai berkata, perkara itu perlu mengambil kira tahap disiplin pencarum agar tidak berlaku kekerapan pengeluaran.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun 3 dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.

Baca Juga :

Bayaran Akaun 3 KWSP

Berapa peratus dalam Akaun 3 KWSP? Selepas Akaun Fleksibel ini dilaksanakan, akaun ahli akan dibahagikan kepada :

  • Akaun 1 = 75%
  • Akaun 2 = 15%
  • Akaun 3 = 10%

Akaun 3 KWSP

Tujuan Akaun 3 KWSP

Tujuan KWSP mewujudkan Akaun 3 perlu memberi pertimbangan dengan isu aliran tunai bersama isu krisis persaraan.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Syarat & Kelebihan

Cadangan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 KWSP itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, Akaun_3 itu juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun_3 adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Nurhisham berkata ia mungkin akan menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, KWSP merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Akaun 3 KWSP

Tarikh Pelaksanaan Akaun 3

Akaun Fleksibel ini bakal dilaksanakan pada Mei 2024.

Walaubagaimanapun, mekanisme pelaksanaan cadangan ini masih diteliti dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di:

Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Hotline : 03-8922 6000
Laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my

Leave a Comment