Google Maps merupakan sebuah aplikasi peta moden yang tersedia di telefon pintar ataupun komputer. Google Maps sememangnya telah mengubah cara untuk kita menjelajahi sesuatu kawasan.
Sekarang ini, pihak Google sentiasa memperbaharui dan meningkat kualiti Google Maps. Sebenarnya terdapat banyak ‘tools’ dan fungsi tersembunyi yang boleh digunakan di dalam Google Maps, cuma diluar pengetahuan pengguna.
BACA JUGA === TIPS GUNA GMAIL DENGAN BERKESAN
Isi Kandungan
Fungsi Tersembunyi Google Maps
Bergerak Ke Destinasi Menggunakan ‘Live View’
Anda sebenarnya boleh menggunakan fungsi ‘Live View’ yang ada pada Google Maps. Fungsi ini akan membenarkan anda untuk mengimbas dan melihat sendiri kawasan yang anda lalui. Dengan hanya menggunakan kamera pada telefon, anda boleh menggunakan fungsi ini. Hanya perlu halakan pada jalan yang dilalui, Google Maps akan mengimbas dan memberikan anak panah pada telefon anda untuk jalan yang akan dilalui.
- Klik pada ‘Maps’ anda
- Pilih destinasi pilihan
- Disebelah butang ‘Start’ terdapat butang ‘Live View’
- Tekan butang ‘Live View’
- Ikut arahan pada Google Maps seperti biasa
Menarikkan? Google Maps akan membenarkan anda untuk memberikan petunjuk ke destinasi pilihan secara ‘Live View’. Fungsi ini pastinya memberikan kemudahan buat para pengguna untuk bergerak daripada satu destinasi ke destinasi yang lain.
Sebagai tambahan, dengan adanya fungsi ini, pengguna dapat ‘aware’ dengan keadaan sekeliling sepanjang jalan untuk memudahkan pencarian tempat.
‘Saved’ Tempat Letak Kereta Anda
Kadang-kadang terjadi situasi terlupa ‘parking’ kereta dekat mana. Terutama apabila berada di Pusat Membeli Belah, Pasar Malam atau dimana-mana lokasi yang tertentu. Sebelum ini, jika tidak menemui lokasi ‘parking’ kereta, pasti akan berpusing-pusing di satu tempat. Kini tidak lagi dengan Google Maps.
- Di destinasi anda, ketik titik lokasi biru
- Pilih Simpan tempat letak kereta
- Di Android, klik pada label untuk menambah butiran seperti tahap tempat letak kereta dan tempat atau jumlah masa sebelum meter tamat.
- Anda juga boleh menetapkan peringatan meter, menambah foto tempat anda meletak kereta, dan menghantar lokasi letak kereta anda kepada rakan-rakan anda.
- Untuk mencarinya kemudian, ketik bar carian di atas, dan pilih Lokasi tempat letak kereta (Android) atau Tempat letak kereta yang disimpan (iOS).
- Google secara automatik akan memadamkan pengingat letak tempat letak kereta selepas 8 jam.
Kini, tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari lokasi ‘parking’ kereta anda. Hanya perlu buka Google Maps dan menuju ke lokasi kenderaan anda. Fungsi ini sangatlah berguna untuk pengguna. ‘Try’ fungsi ini sekarang.
‘Time Travel’ dengan Google Maps
Street View telah mengumpulkan koleksi gambar jalan yang besar sepanjang tahun. Pada tahun 2014, Google memperkenalkan ‘Time Travel’, cara bagi pengguna untuk melihat bagaimana Street View telah berubah dari masa ke masa. Dan pada tahun 2022, ia berkembang dari desktop ke mudah alih.
- Untuk melihat ke belakang ke alamat tertentu, masukkan Street View dan ketuk di mana sahaja pada skrin.
- Di bahagian bawah, klik Lihat tarikh lebih banyak.
Dengan menggunakan fungsi ini, Google Maps akan membawa anda untuk melihat suasana dan keadaan jalan yang dilalui pada tahun-tahun sebelumnya. Pastinya fungsi ini akan memberikan pelbagai reaksi kepada pengguna. Fungsi ini akan memberikan suasana yang berbeza apabila melihat sesuatu kawasan yang sebelum ini belum dibangunkan, kini menjadi sebuah tempat yang membangun dengan pesat.
Manfaatkanlah Google Maps sepenuhnya
Manfaatkanlah Google Maps sepenuhnya dengan menggunakan tip dan trik yang disediakan. Dari navigasi realiti tertambah hingga menyimpan lokasi tempat letak kereta anda, aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi yang boleh memudahkan hidup anda.
Dengan menguasai peralatan ini, anda akan dapat menjelajahi dunia dengan lebih efisien dan berkesan. Jadi, jangan ragu untuk mengambil kesempatan daripada kemampuan penuh aplikasi ini untuk membuat pengalaman pelayaran anda menjadi lebih lancar dan menyeronokkan.
Sumber : PC Mag
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.