Cara Permohonan Rayuan Haji 2022 & Soalan Lazim

Sukacita dimaklumkan mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 1443H/2022 bermula pada 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

Pemohonan secara dalam talian ini merupakan kemudahan yang telah disediakan TH untuk membantu orang ramai membuat rayuan haji tanpa perlu menghantar surat secara fizikal.

Menurut dari Pengarah Eksekutif Haji, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abul Rahman, TH telah membuka permohonan rayuan haji sebelum jumlah kuota diumumkan sebagai langkah bagi mengelakkan proses rayuan haji dilakukan pada saat-saat akhir.

Pemilihan rayuan haji akan dilakukan berpandukan kriteria-kriteria yang tertentu dengan rayuan mahram akan diberikan keutamaan.

Aplikasi THiJARI boleh dimuat naik secara percuma sahaja daripada Google Play atau App Store. Ianya akan memudahkan pendeposit untuk membuat rayuan haji, membuat semakan status haji serta pertanyaan baki simpanan.

CARA DAFTAR THiJARI

Untuk pengetahuan kepada pendeposit hanya perlu melakukan 3 langkah sahaja untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web THiJARI.

  • Anda perlu layari www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  • Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan juga nombor akaun TH.
  • Pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan serta maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI untuk membuat rayuan Haji dan lain-lain perkhidmatan online.

Urusan Tabung Haji

CARA MOHON RAYUAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan bagi 1443H/2022M akan dibuka mulai 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

Untuk Proses Rayuan boleh dibuat secara dalam talian (online) iaitu dengan melalui aplikasi www.thijari.com.my

Rayuan mestilah diperbaharui setiap tahun meskipun anda pernah membuat rayuan haji pada tahun sebelum ini.

Anda boleh rujuk langkah yang berikut untuk membuat rayuan online melalui THiJARI:

  • Anda perlu login ke THiJARI.
  • Lalu Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
  • Pilih Menu Rayuan Haji.
  • Baca Garis Panduan dan juga Kategori Rayuan yang telah dipaparkan.
  • Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
  • Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
  • Klik pada ruangan yang berikutnya.
  • Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan juga Akad Istitoah.
  • Klik pada Ruangan HANTAR setelah semua bahagian telah dilengkapi.
  • Maklumat Status Rayuan akan mula dipaparkan.
  • Sila pastikan agar pemohon klik pada ruangan Muat Turun.
  • Surat Maklumbalas akan dimuat turun lalu pemohon hendaklah mengikuti dan juga memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
  • Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.

Langkah Rayuan 1

KATEGORI RAYUAN

Untuk makluman anda, terdapat beberapa pilihan kategori Rayuan antaranya ialah:

  1. Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih.
  2. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (44 tahun dan ke bawah).
  3. Lelaki menjadi mahram kepada wanita terpilih (45 tahun dan ke atas).
  4. Isteri untuk mengikut suami Terpilih.
  5. Isteri untuk mengikut suami dan madu terpilih.
  6. Orang Kurang Upaya (OKU).
  7. Bakal haji Mualaf.
  8. Bakal haji lanjut usia (75 tahun dan ke atas).
  9. Bakal haji Daftar lama.
  10. Lain-lain Rayuan.

Proses Rayuan 1

SOALAN LAZIM RAYUAN HAJI 2022

Anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) rayuan dalam infografik di bawah ini:

Perlukah Bakal Haji 1

Bolehkah Bakal Haji 1

Bagaimana Status 1

Adakah Semua Jemaah 1

Rayuan Boleh Dibuat 1

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Leave a Comment