PPAM/PPA1M: Semakan Status Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam

UNTUK MAKLUMAN ANDA, DISINI KAMI AKAN KONGSIKAN MENGENAI PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM/PPA1M.

Untuk pengetahuan anda semua, Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara PPAM (PPAM) adalah merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi serta harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini adalah bertujuan untuk membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda serta berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang sangat berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Semua penjawat awam termasuk juga yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri/Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan serta Badan Berkanun Negeri layak dibawah skim ini.

Sistem Perumahan Penjawat Awam Malaysia (SPPAM) telah diwujudkan sebagai medium utama untuk penjawat awam membuat permohononan bagi perumahan PPAM.

Dengan melalui sistem ini, semua permohonan serta penawaran akan dilakukan dengan secara berpusat.

Skim Rumah Mampu Milik PPAM 1

LOKASI PROJEK PPAM

Lokasi Projek PPAM dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang telah mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam.

Untuk jenis rumah yang telah ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar serta banglo.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK PERMOHONAN RUMAH PPAM/PPA1M

Semua Penjawat awam yang bekerja dengan:

  • Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Negeri.
  • Pihak Berkuasa Negeri.
  • Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Badan Berkanun Persekutuan.
  • Badan Berkanun Negeri.

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik PPAM

TARIKH PERMOHONAN PPAM

Untuk maklumat yang berkenaan dengan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Permohonan akan mula dibuka setelah pemaju telah mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Untuk status permohonan boleh anda semak di portal PPAM.

PILIHAN PROJEK PPAM 2021

Untuk pengetahuyan anda, pilihan projek hanya akan dibenarkan bagi pemohon yang telah melengkapkan profil.

Terdapat beberapa peraturan yang telah diset dalam aplikasi untuk setiap permohonan.

Peraturan tersebut adalah merupakan seperti yang berikut:

  1. Setiap pemohon hanya layak untuk membuat tiga (3) kali permohonan sahaja dalam satu-satu masa.
  2. Sekiranya terdapat permohonan projek yang telah dibatalkan, pemohon boleh memohon untuk projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga (3) permohonan lengkap.
  3. Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.
  4. Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan serta tidak dibenarkan memohon projek yang baru.
  5. Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan lagi.

Sila rujuk senarai projek yang terbaru melalui pautan yang berikut: https://www.ppam.gov.my/project/list

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH PPAM/PPA1M

Untuk semua permohonan PPAM selain Putrajaya hanya akan boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my manakala permohonan bagi projek di Putrajaya pula boleh dibuat di http://ppam.putrajaya.gov.my/.

Untuk makluman tiada borang secara manual.

Pemohon boleh merujuk manual pengguna di laman web yang berikut: http://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal/assets/manual/pemohon.pdf

Panduan Pengaktifan Akaun Pengguna 1

Pemohon boleh mengakses SPPAM melalui pautan yang berikut:

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Pemohon hanya perlu untuk melengkapkan borang profil serta permohonan lalu memuat naik dokumen-dokumen yang berikut:

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan).
  • Salinan slip gaji terkini.
  • Salinan kad pesara (bagi pesara serta permohonan anak pesara).
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk status permohonan boleh disemak di portal PPAM atau melalui aplikasi mobile lalu rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem PPAM adalah seperti yang berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM serta tertakluk kepada jumlah permohonan yang telah diterima.

Berikut adalah merupakan penjelasan maksud status pemohonan:

  • Lengkap: Sedang disemak oleh PPAM.
  • Pengundian Seterusnya: Undian telah dilaksanakan tetapi permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan: Telah berjaya mendapat tawaran bagi projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan: Permohonan tidak lengkap/Tidak berjaya dalam Undian.

MAKLUMAT LANJUT

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

https://www.ppam.gov.my/

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan