Cara Mohon & Semak Status Bayaran Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Rakyat Sabah kini boleh melakukan semakan status kelulusan dan jumlah bayaran bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 (BSP 3.0) yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada 10 Jun 2021 lalu telah mengumumkan BSP 3.0 yang menyediakan peruntukan keseluruhan sebanyak RM154.8 juta.

Menerusi peruntukan tersebut, sebanyak RM120.5 juta adalah bagi pemberian bantuan tunai RM300 one-off manakala bakinya sebanyak RM34.3 juta adalah bagi pemberian bantuan bakul makanan.

Tujuan BSP 3.0 ini diwujudkan bagi membantu rakyat Sabah yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Justeri itu, rakyat Negeri Sabah digalakkan untuk membuat semakan bagi mengetahui kelayakan untuk menerima bantuan tersebut atau sebaliknya.

JUMLAH BANTUAN

Bagi bantuan tunai one-off BSP3.0, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk memberikan bantuan tunai berjumlah RM300 kepada setiap penerima yang layak.

KATEGORI PENERIMA

Bagi Bantuan Sabah Prihatin kali ketiga ini, terdapat beberapa kategori penerima iaitu:

  • Petani
  • Nelayan
  • Penternak
  • Pekebun Kecil Getah
  • Pekebun Kecil Koko
  • Pekebun Sawit
  • Pekebun LKTNS
  • Pekebun KPD
  • Penjaja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
  • Pemandu Teksi
  • Pemandu Lori
  • Pemandu Bas
  • Pemandu Bot
  • Institusi Memandu
  • Keluarga/ Individu kategori Miskin
  • Keluarga/ Individu kategori Miskin Tegar
  • Keluarga/ Individu dalam senarai eKasih
  • Pemandu Pelancong
  • Penggiat Seni
  • Divemaster
  • Malim Gunung
  • Porter
  • Freelance Tour Guide
  • Ibu Tunggal
  • Penerima Bantuan Am
  • Penerima Bantuan Anak Yatim
  • Penerima Kebajikan Persekutuan
  • Orang Kurang Upaya
  • Penerima Bantuan Orang Tua
  • Penerima Bantuan Kanak-Kanak
  • Pesara Tentera
  • Usahawan Mikro & Kolej
  • Penjaja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

CARA LAKUKAN SEMAKAN

Untuk melakukan semakan status BSP3.0, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BSP3.0 di pautan https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Isi no. kad pengenalan dan kod yang dipaparkan pada ruang disediakan.
  3. Klik butan ‘Semak’
  4. Status Lulus/ Tidak Lulus/ Tidak Wujud akan dipaparkan.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan kementerian dan agensi yang terlibat seperti di bawah:

Kementerian/Agensi Kategori No Telefon
Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Petani
Nelayan
Penternak
Pekebun Kecil Getah
Pekebun Kecil Koko
Pekebun Sawit
Pekebun LKTNS
Pekebun KPD
014-273 5075
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Penjaja Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah 011-5418 1400
Kementerian Kerja Raya Pemandu Teksi
Pemandu Lori
Pemandu Bas
Pemandu Bot
Institusi Memandu
088-255375
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Keluarga/individu Miskin
Keluarga/individu Miskin Tegar
Keluarga/individu dalam senarai eKasih
088-219980
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Pemandu Pelancong
Penggiat Seni
Divemaster
Malim Gunung
Porter
010-931 1409
Lembaga Pelancongan Freelance Tour Guide 088-212121

088-218620

088-219310

014-957 8466

Jabatan Hal Ehwal Wanita Ibu Tunggal 011-3160 6200

010-6614 265

016-8627 653

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Penerima Bantuan Am
Penerima Bantuan Anak Yatim
Penerima Kebajikan Persekutuan
Orang Kurang Upaya
Penerima Bantuan Orang Tua
Penerima Bantuan Kanak-Kanak
Pesara Tentera
019-811 3750

012-837 4760

Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan Usahawan Mikro & Kotej 011-2548 0688
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Penjaja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 014-606 3808

Leave a Comment