Untuk makluman anda ini adalah merupakan Semakan Skim Bantuan Khairat Kematian 2021: Bantu Kos Urus Jenazah semasa waktu Covid-19.
Ramai yang telah terlepas pandang hak masing-masing serta maksud disebalik skim khairat kematian ini. Bantuan seperti ini amatlah penting, terutamanya yang melibatkan kos pengurusan jenazah serta pengkebumian yang memerlukan penyelesaian kewangan yang segera.
Terutamanya adalah melihat kepada angka kematian covid hari ini adalah sangat-sangat tinggi. Hari ini kita lihat orang yang tersayang kita sihat belaka, minggu hadapan mungkin mula mengalami simptom yang tidak sihat. 2 minggu selepas itu, menerima kematian orang yang tersayang.
Tiada siapa yang dapat menduga dengan situasi genting yang sedang melanda negara Malaysia ini.
Isi Kandungan
- SEMAKAN BAGI BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN 2021 MENGIKUT NEGERI
- SKIM BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN SELANGOR
- PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN KELANTAN
- BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN NEGERI SEMBILAN
- BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN NEGERI KEDAH
- SENARAI PEMBERIAN AGENSI KERAJAAN & SWASTA
- 1. KHAIRAT KEMATIAN BANK RAKYAT
- 2. KHAIRAT KEMATIAN TABUNG HAJI
- 3. KHAIRAT KEMATIAN MAYBANK
- 4. KHAIRTA KEMATIAN KWSP
- 5. KHAIRAT KEMATIAN ASB
- 6. KHAIRAT KEMATIAN BPR
- SKIM YANG TELAH DITUTUP
- SOALAN LAZIM
SEMAKAN BAGI BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN 2021 MENGIKUT NEGERI
SKIM BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN SELANGOR
Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memberikan bantuan RM1000 untuk pengurusan jenazah covid 19.
Pastikan anda telah melepasi syarat kelayakan seperti yang di bawah ini:
Bayaran akan diberikan kepada waris yang terdekat dalam tempoh 14 hari dari tarikh mula permohonan anda mendapat kelulusan untuk bantuan ini.
Permohonan boleh dilakukan di link pautan ini, https://secure.selangorprihatin.com/
PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN KELANTAN
Kepada golongan b40 yang mati meninggal dunia di Kelantan kerana wabak covid-19, waris yang terdekat boleh membuat permohonan, memohon duit bantuan sebanyak Rm1500 untuk pengurusan jenazah si mati
BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN NEGERI SEMBILAN
Tidak kira agama dan bangsa, yang mati dan meniggal dunia yang disebabkan covid-19 ini, waris yang terdekat layak untuk mendapat pembayaran duit bantuan sejumlah RM1000.
Senarai penerima akan dirujuk berdasarkan sistem pengkalan data ekasih Negeri Sembilan.
BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN NEGERI KEDAH
Kepada yang mati meninggal dunia di negeri Kedah yang disebabkan dan punca akibat covid-19, jangan risau kerana kos pengurusan jenazah serta pengkebumian yang bernilai RM1000 akan diuruskan oleh kariah anda masing-masing.
SENARAI PEMBERIAN AGENSI KERAJAAN & SWASTA
Sekiranya anda pernah menjadi ahli atau anggota atau pun prnah membuka akaun dengan agensi kerajaan swasta atau agensi kerajan di bawah, ahli keluarga atau waris yang terdekat, anda berhak untuk membuat tuntutan serta menerima jumlah bayaran khairat kematian seperti yang telah dijanjikan. Rujuk senarai di bawah ini:
1. KHAIRAT KEMATIAN BANK RAKYAT
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Bank Rakyat kepada waris | RM3000 |
2. KHAIRAT KEMATIAN TABUNG HAJI
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Tabung Haji kepada waris | Akan dikemaskini |
3. KHAIRAT KEMATIAN MAYBANK
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Maybank kepada waris | RM1000 (untuk akaun maybank individu sahaja) |
4. KHAIRTA KEMATIAN KWSP
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran KWSP kepada waris | RM2500 (untuk akaun maybank individu sahaja) |
5. KHAIRAT KEMATIAN ASB
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran ASB kepada waris | Antara RM200 hingga RM2000 (maksimum) bergantung kepada jumlah simpanan adalam akaun si mati |
6. KHAIRAT KEMATIAN BPR
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bayaran Bantuan BPR kepada waris | Akan dikemaskini |
SKIM YANG TELAH DITUTUP
Di bawah ini adalah merupakan antara skim khairat kematian yang telah ditutup termasuk dengan bantuan rakyat 1Malaysia (brim), bantuan sara hidup (bsh), bantuan prihatin nasional (bpn) tidak diteruskan lagi.
1) Bantuan Sara Hidup BSH
Dahulu sekiranya penerima bantuan sara hidup bsh mati meninggal dunia, waris yang terdekat akan dapat bayaran duit RM1000.
2) Bantuan Prihatin Nasional BPN
Sebelum ini, bagi penerima bantuan prihatin nasional yang mati meninggal dunia, waris terdekat akan dapat bayaran duit RM1000.
3) Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM
Sama seperti bantuan rakyat 1Malaysia, individu yang telah mati meninggal dunia, waris terdekat boleh dapat bayaran duit RM1000.
SOALAN LAZIM
1. Siapakah yang boleh membuat tuntutan?
Pasangan si mati boleh membuat tuntutan, sekiranya masih bujang, ayah ibu si mati boleh claim begitulah seterusnya mengikut hierarki waris terdekat
Cara ingin membuat tuntutan dan claim mudah sahaja, bawa kad pengenalan diri anda dan juga sijil mati, sijil nikah yang membuktikan anda adalah pasangannya di tempat seperti di atas. Buat segera, jangan ditangguh! Kelulusan serta bayaran biasanya cepat dan mudah!