Telefon Percuma B40: Borang Permohonan

Disini kami akan kongsikan cara untuk memohon bantuan serta borang permohonan telefon pintar percuma B40 kepada pelajar sekolah b40 dari ytl foundation. Teruskan membaca info menarik di bawah ini:

 

Baru-baru ini, satu pengumuman telah diberikan oleh Yayasan YTL foundation yang berada di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Inisiative anjurannya agar dapat memberikan telefon percuma b40 dan sim yes percuma kepada 1 malaysia yang layak untuk menerimanya.

Ini adalah merupakan tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga telah dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma serta dilengkapi dengan 120GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Telefon pintar percuma b40 telah ditawarkan pun oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications untuk para pelajar sekolah kerajaan daripada keluarga B40 yang tidak mempunyai peranti mudah alih atau telefon pintar bagi sesi pembelajaran dari rumah.

Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai cara daftar permohonan telefon pintar tersebut, sila ikuti perkongsian kami di bawah ini. Ingin tonton tv pendidikan online pun lebih mudah jikalau anda berjaya dapat bantuan hebat ini.

CARA MEMOHON TELEFON PINTAR PERCUMA B40

Untuk borang pencalonan yang terdapat pada pautan di bawah perlu diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum ingin mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut:

  1. Nama serta nombor kad pengenalan pelajar.
  2. Nombor kad pengenalan atau nombor mykad anda.
  3. Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa.

Borang pencalonan di pautan bawah ini hendaklah diisi bersama dengan maklumat murid serta ibu bapa.

PERKARA BUTIRANNYA
Link Pautan borang bantuan telefon pintar b40 percuma https://appform.prod.frogdev.asia/
Soalan Lazim Berkenaan Bantuan Ini https://ytlfoundation.org/belajardarirumah-faq/

Untuk menerima bantuan telefon untuk para pelajar secara percuma dengan data yes, hanya guru sahaja yang dapat mencalonkan para pelajar yang berhak dan layak untuk mendapatkannya.

KERJASAMA GURU SEKOLAH ANDA SANGAT DIPERLUKAN

Para guru sekolah kerajaan, Yayasan YTL memohon agar dapat memberi kerjasama serta tampil untuk membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan pemberian bantuan telepon pintar kepada keluarga b40 yang memerlukan, ini kerana guru-guru adalah barisan yang terbaik untuk mengenal pasti keluarga ini.

Ikuti cara memohon dan daftar permohonan telefon pintar percuma bagi golongan b40 pada perkongsian di bawah ini kepada semua guru sebagai pejuang barisan hadapan yang mewakili pelajar yang sangat memerlukan.

SEMAKAN KRITERIA BORANG PERMOHONAN TELEFON PINTAR B40

Kriteria seperti yang berikut mestilah dipenuhi oleh guru-giri untuk membuat permohonan:

  1. Guru yang terlibat untuk mencalonkan pelajar hendaklah sedang berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.
  2. Calon pelajar yang layak menerima bantuan handphone percuma adalah untuk pelajar yang terdiri daripada golongan keluarga B40 yang memerlukan bantuan segera.
  3. Kepada calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berada.
  4. Ibubapa pelajar serta guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang telah berjaya.

PROSES PENDAFTARAN TELEFON PINTAR B40

Ibubapa kepada pelajar akan dimaklumkan kelak sekiranya pencalonan tersebut telah berjaya. Kemudian, untuk mendapatkan telefon pintar percuma tersebut yang dilengkapi yes data 120GB untuk b40 (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh ibubapa.

a. Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci mestilah dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah:

  • I. Satu salinan MyKad ibubapa
  • II. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • III. Sebagai bukti anda berstatus B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik bukti anda penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

 

b. Bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas sangat diperlukan.

Notifikasi e-mel berkenaan untuk penghantaran telefon pintar percuma bagi golongan b40 akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang telah diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan.

Untuk proses pendaftaran berjalan lancar, maklumat yang diisi mestilah dipastikan betul serta lengkap.

SEMAKAN TELEFON PINTAR PERCUMA B40

Alhamdulillah, anda boleh sudah untuk membuat semakan status permohonan b40 telefon percuma. Untuk mengetahui samada status permohonan anda atau anak anda lulus atau pun tidak boleh.

PERKARA BUTIRANNYA
Membuat semakan Online https://lcs.yes.my/
1) Klik pada pautan di atas, dan pilih inisiatif pilihan anda
2) Isi No Kad Pengenalan ibu bapa yang digunakan semasa proses pendaftaran sebelum ini
3) Masukkan Mykid pelajar sekolah (anak anda)
4) Tekan butang hantar untuk melihat semakan keputusan permohonan
Semakan Manual (i) Keputusan permohonan akan dihantar melalui yang anda daftar semasa proses permohonan sebelum ini. Email tersebut akan memuat butiran termasuk apa langkah yang perlu dilakukan selepas itu termasuk berkongsi beberapa dokumen yang diperlukan
(ii) Anda perlu upload beberapa dokumen seperti
– 1 copy mykad atau mykid
– 1 copy mykad mak ayah
– 1 copy surat bantuan sara hidup sebagai bukti anda adalah penerima BSH yang sah

Diharapkan perkongsian cara untuk mendaftar dan mohon borang permohonan telefon bimbit percuma kepada pelajar dari keluarga b40 dapat membantu anda untuk dapat meneruskan pembelajaran secara online.

 

SOALAN LAZIM

1. Bagaimanakah cara saya menghubungi YTL Foundation untuk membuat semakan?
YTL Foundation (421570-A)
Level, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Emel: [email protected]
Hotline: 03-20380888

2. Adakah telefon yang diberikan dapat membuat panggilan?
Ya. BOLEH. Selain anda dapat menikmati kemudahan keseluruhan internet percuma berjumlah 120GB untuk selama 12 bulan iaitu 10Gb setiap bulan.

Selain itu, anda boleh call secara percuma selama 60 minit ke talian YES atau talian lain yang sah selama 12 bulan atau setahun.

Anda juga boleh membuat penghantaran SMS secara percuma TANPA HAD untuk talian YES.

3. Adakah pemberian b40 telefon percuma ini perlu dipulangkan semula selepas ini?
Tidak, jika telefon pintar ini telah diberikan kepada pelajar sekolah, ia akan menjadi hak milik anda sepenuhnya.

4. Saya masih belum daftarkan anak saya untuk mohon bantuan ini? Masih boleh mohon lagi?
Ya. Masih boleh lagi. Dipersilakan. Sudah ramai yang telah berjaya mendapatkannya.

P/S : Sebarkan bantuan telefon pintar PERCUMA yang telah ditawarkan oleh sektor swasta ini di Facebook dan Whatapps ahli keluarga dan kawan-kawan anda, supaya lebih ramai yang mendapatkannya agar dapat belajar secara online dan mudah ini. Sudah ramai yang telah BERJAYA CLAIM!

Leave a Comment