Isi Kandungan
Kewangan : 5 Rahsia Orang Cina Pandai Simpan Duit
Kenapa Orang Cina Suka Simpan Duit
Orang cina suka simpan duit adalah kerana perkara ini berkait rapat dengan budaya orang cina itu sendiri. Ketika merayakan Tahun Baru Cina, biasanya hiasan akan berwarna merah membawa maksud ‘good luck’ seperti warna angpau yang diberi kepada keluarga dan kawan-kawan. Dan ketika memberi angpau tersebut mereka akan mengucapkan Gong Xi Fa Cai sesama sendiri sebagai tanda menyambut perayaan tersebut.
Tetapi, tahukah anda maksud disebalik Gong Xi Fa Cai? Gong Xi Fa Cai bukanlah bermaksud Selamat Tahun Baru Cina, tetapi jika diterjemahkan bermaksud ‘Semoga Kau Kaya’. Ketika kanak-kanak diberikan angpau, kebiasaanya ibu-bapa akan galakkan anak-anak mereka untuk menyimpan kerana bagi mereka menyimpan adalah satu amalan yang mulia, sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan.
Bagi mereka, semakin besar kekayaan yang dimiliki semakin tinggi hormat orang, terutamanya dari orang-orang tua. Kebiasaanya kaum cina mereka sangat jarang untuk kahwin pada usia muda. Mereka akan mendirikan rumahtangga sekiranya soal kewangan diri mereka sudah stabil.
Dan selepas perkahwinan pun mereka tetap akan mengekalkan kestabilan dalam institusi kekeluargaan seperti merancang kehamilan. Seperti yang kita biasa kita lihat, pasangan kaum cina mereka hanya akan ada 1-2 orang anak sahaja. Bagi mereka, keluarga dan duit kenalah seiring dan harmoni. Lebih baik ada anak yang sedikit dan mempunyai duit lebihan setiap bulan. Dan lebihan duit itu akan dilaburkan pada diri dia seperti keperluan kesihatan, pendidikan ataupun persediaan hari persaraan.
Rahsia Orang Cina Pandai Simpan Duit
1. Mereka tahu ke mana setiap sen yang mereka belanjakan
Mereka akan catat dari mana sumber kewangan itu datang dan ke mana duit itu telah dibelanjakan. Teknik ini dipanggil sebagai ‘Zero Based Budgeting’ atau dalam bahasa Melayu disebut Bajet Asas Sifar.
Teknik ini akan membelanjakan setiap sen duit yang ada sehinggalah hujung bulan dan mempunyai baki kosong. Maksudnya duit pendapatan ditolak dengan duit perbelanjaan adalah kosong. Perbelanjaan dalam teknik ini termasuklah juga simpanan dan juga pelaburan. Sebagai contoh, pendapatan setiap bulan adalah RM3,000 dan anda akan berbelanja untuk semua keperluan makan, minum, hutang pinjaman, bil air, bila api, komitmen lain dan termasuklah pelaburan seperti emas dan ASB. Teknik ini akan membelanjakan semua pendapatan bulanan habis sehingga tiada baki.
BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar
2. Memegang Tiga Prinsip Kewangan Prinsip yang pertama – Tidak membeli barang mewah.
Kaum cina tidak suka untuk membeli barang mewah hanya untuk menunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, orang cina tidak suka untuk membeli barang kemas terutamanya yang diperbuat daripada emas.
Prinsip yang kedua – Menggunakan peraturan 10:1
Apa 10 nisbah satu tu? Maksud 10 nisbah satu adalah setiap RM10 yang diterima dan hanya RM1 yang dibelanjakan. Ini bermakna, mereka akan meminimumkan perbelanjaan semungkin yang boleh.
Teknik ini tidaklah semestinya diterapkan betul-betul.Anda boleh ubah nisbah tersebut kepada 5:1, 3:1 mengikut kesesuaian perbelanjaan anda. Secara intinya teknik ini adalah berbelanja dibawah dari pendapatan bulanan.
Prinsip yang ketiga – Mengutamakan kualti Contohnya, mereka akan memilih untuk membeli kasut yang mempunyai daya tahan yang tinggi, lasak dan memberi keselesaan berbanding kasut yang sekadar nampak cantik sahaja.
Membayar mahal tetapi berbaloi untuk dipakai jangka masa yang panjang. Contoh lainnya pada gambar di bawah :
3. Mengajarkan anak untuk menabung daripada kecil
Menabung sejak kecil bagi mereka ianya dapat membantu anak-anak memahami nilai duit dan pentingnya pengurusan kewangan yang baik.
Kebiasaan ini dapat mengajarkan anak-anak tentang konsep tanggungjawab dan disiplin, kerana dengan menabung mereka belajar untuk menunda kepuasan yang segera demi manfaat yang lebih besar di masa depan.
Selain itu menabung di usia kecil juga membantu dalam pembentukan karakter yang tidak boros dan cenderung lebih berjimat, yang akan sangat berguna sepanjang hidup mereka yang mana ia akan membuat anak-anak dapat rasa lebih berdikari dalam membuat keputusan berkaitan perbelanjaan kewangan mereka.
Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu kewangan anda dan memberi manfaat dalam mengurus perbelanjaan bulanan. Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.