Tawaran Melanjutkan Pengajian Asasi UniSHAMS Bagi Tahun 2022

Untuk makluman anda terdapat berita baik untuk pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kerana pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah pun membuka permohonan bagi tajaan pengajian LZNK bagi tahun 2022.

Tajaan pengajian LZNK ini merupakan pengajian di peringkat Asasi sahaja, tidak seperti tajaan LZNK di UniSHAMS pada tahun 2021 yang lalu yang telah menaja pengajian di peringkat Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda.

BIDANG PENGEJIAN

Selain dari memenuhi syarat kelayakan yang ada di bawah, tajaan LZNK ini juga hanya terhad kepada pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke dalam bidang-bidang yang berikut:

  • Asasi Pengajian Islam.
  • Asasi Pengurusan.
  • Asasi Sains.

SYARAT KELAYAKAN

pastikan anda membaca dengan sangat teliti syarat-syarat permohonan di bawah sebelum anda membuat permohonan.

Hanya kepada calon yang telah memenuhi syarat yang relah ditetapkan oleh LZNK akan dipertimbangkan untuk tajaa pengajian ini:

  1. Pemohon yang beragama Islam dan juga sedang bermastautin/menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Untuk proses permohonan kemasukan ke UniSHAMS akan diuruskan oleh LZNK bagi sesi pengajian 2022 (bagi pelajar yang belum membuat permohonan).
  3. Terbuka kepada semua bidang pengajian Asasi di UniSHAMS.
  4. Permohonan akan dibuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-sekurangnya LIMA kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk dengan Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Untuk Permohonan Asasi Sains, Keputusan SPM dengan sekurang-kurangnya B dalam Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan juga Matematik Tambahan.
  7. Keutamaan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja.

JENIS TAJAAN

Kepada pelajar yang menerima tajaan pendidikan LZNK selepas disaring kelak bakal menerima bantuan kewangan untuk perkara yang berikut:

  • Yuran Pendaftaran.
  • Yuran Penginapan Asrama.
  • Elaun Sara Hidup (Bulanan).
  • Yuran Pengajian di UniSHAMS sepanjang tempoh pengajian.

Untuk pelajar tajaan yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang juga akan berpeluang cerah untuk ditawarkan bantuan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UniSHAMS.

CARA MOHON

Permohonan bagi tajaan pendidikan ini akan dilakukan secara dalam talian dengan sepenuhnya.

Kepada calon yang berminat boleh mula memohon dengan mengisi maklumat anda di pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJru5ZIyVLlsif01KdIKUPFUYSARLx-G9Dar13S6oMPSp8zg/viewform

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan telah dibuka sehigga 3 Julai 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai tajaan pengajian LZNK di UniSHAMS ini, sila berhubung secara terus dengan Bahagian Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 013-4592071.

Leave a Comment