Contoh Tulisan Surat Rasmi & Format Kerajaan Yang Terkini

Di sini kami akan kongsikan Contoh Surat Rasmi & Format Kerajaan Yang Terkini bagi tahun 2021 yang simple dan ringkas tetapi tepat serta betul.

Pada masa kini dengan peredaran teknologi yang begitu pesat sekarang, ianya tidak merencatkan penggunaan surat seperti ini samada dalam bentuk fizikal mahupun secara digital dalam aspek perhubungan.

Di peringkat agensi kerajaan pula, surat format seperti ini masih kerap lagi digunakan untuk pelbagai urusan.

Oleh dengan itu penting penjawat awam serta kakitangan kerajaan tahu bagaimana cara untuk tulis surat rasmi kerajaan yang betul kepada jabatan pada agensi lain.

CONTOH SURAT RASMI 2021

Akan kami kongsikan di sini mengenai contoh karangan surat kiriman rasmi yang telah ditulis untuk tujuan pelbagai urusan termasuk juga dengan permohonan kerja, bantuan kerajaan, aduan kepada agensi kerajaan, sumbangan derma, jemputan, surat rayuan kemasukan ke institusi pendidikan di Malaysia.

PERKARA LINK PAUTAN
CONTOH SURAT BERHENTI KERAJAAN SURAT BERHENTI KERJA
COTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SURAT KEBENARAN BEKERJA
CONTOH SURAT ADUAN (DALAM FORMAT WORD) SURAT ADUAN
CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN SURAT PENGESAHAN MAJIKAN
CONTOH SURAT TIDAK HADIR (MESYUARAT/KERJA) SURAT TIDAK HADIR
CONTOH SURAT RASMI PERMOHONAN Akan dikemaskinikan

NOTA: untuk pengetahuan anda contoh surat rasmi aduan seperti di jadual atas boleh diaplikasi untuk isu kutipan sampan, pembuangan sampah, salah laku, pencerobohan tanah, gangguan bekalan air/elektrik, kerosakan rumah, kebersihan serta lain-lain lagi.

TIPS & CARA MENULIS SURAT RASMI

  • Apabila sedang bercakap mengenai urusan rasmi, anda perlulah memastikan ejaan serta tatabahasa yang digunakan adalah dengan betul.
  • Ayat dalam surat tidak perlu meleret-leret. Cukup sampaikan dalam ayat serta perenggan yang simple sahaja dan ringkas tetapi mudah untuk difahami oleh pembaca surat anda.

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI KERAJAAN TERKINI

Kami akan membantu anda untuk berkongsi contoh format surat rasmi kerajaan mengikut urusan bermula dengan kepala surat dan seterusnya:

  1. Semestinya anda mestilah gunakan kertas rasmi jabatan anda yang ada letter head (kepala surat jabatan anda).
  2. Sertakan juga nombor rujukan surat bahagian atas kanan surat.
  3. Letakkan tarikh surat anda di bawah nombor rujukan.
  4. Letakkan juga nama penerima (menggunakan gelaran kebesaran yang diterima)/jabatan yang bakal menerima surat.
  5. Anda mestilah dahulukan penulisan surat anda dengan panggilan yang official seperti TUAN/PUAN/DATUK/TAN SRI.
  6. Untuk tajuk surat (mesti diboldkan).
  7. Anda mestilah dahulukan penulisan surat anda dengan panggilan rasmi seperti TUAN/PUAN/DATUK/TAN SRI.
  8. Untuk tajuk surat (mesti diboldkan).
  9. Sambungannya boleh rujuk di sini, https://www.icu.gov.my

Anda juga boleh dapat gambaran yang lebih jelas untuk menulis dengan format yang tepat serta betul dengan merujuk contoh gambar seperti di bawah ini:

Contoh Surat Rasmi 1

Sambungan Surat Rasmi 1 1

Contoh untuk anda menulis alamat adalah seperti yang di bawah ini yang boleh anda rujuk dan anda boleh gunakan:

Ketua Setiausaha Kanan,
Pentadbiran Am, Jabatan Ketua Menteri
Aras 8, Blok A6, Kompleks Ketua Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak
30000 PERAK.
(u.p: Encik Abdul Rauf Bin Muhd Maarof)
Seksyen Pentadbiran

CONTOH FORMAT MEMO KERAJAAN

Contoh Format Memo Kerajaan 1

surat memo 1

NOTA: Contoh format menulis memo kerajaan hanya sesuai ditulis untuk tujuan diagihkan kepada unit/seksyen/bahagian bawah urusan agensi anda bagi tujuan makluman kepada mereka.

Diharapkan agar dengan adanya contoh surat rasmi yang telah dikongsikan seperti di atas dapat membantu anda untuk menulis dengan betul.

Dengan harapan surat tersebut dapatlah menyelesaikan urusan anda dengan pihak yangberwajib untuk urusan yang official.

Leave a Comment