Adakah anda tahu bahawa semua pemohon yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) boleh memohon Skim Khairat Kematian (SKK) BKM yang berjumlah RM1000 mulai 15 April 2022.
Perkara ini telah pun diumumkan melalui laman web Bantuan Keluarga Malaysia 2022 seperti di bawah ini
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai skim ini untuk makluman bersama.
Isi Kandungan
PENGENALAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM
Untuk pengetahuan anda khairat kematian adalah wang sedekah atau derma/sumbangan ikhlas pada kadar yang tertentu lalu diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia, anda layak untuk membuat tuntutan khairat kematian seperti yang berikut:
- Amaun Tuntutan – RM1,000 untuk setiap individu yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Untuk permohonan berstatus Lulus BKM 2022 bagi kategori:
- Kahwin.
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan.
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
Bagi Skim Khairat Kematian BKM ini layak dituntut oleh wakil yang telah didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status Kahwin dan juga pasangan adalah warganegara Malaysia) yang meninggal dunia.
Bagi pasangan bukan warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia tidak layak untuk menerima skim khairat kematian ini.
TARIKH MEMBUAT TUNTUTAN
Tarikh mula membuat tuntutan adalah pada 15 April 2022.
Yang Layak Membuat Tuntutan
Wakil yang telah didaftarkan pada permohonan BKM 2022 sahaja layak untuk membuat tuntutan SKK.
Hubungan wakil yang layak adalah seperti yang berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Kad Pengenalan asal wakil.
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan juga wakil.
KAEDAH TUNTUTAN
Kaedah tuntutan adalah Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terdapat maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian di bawah:
- Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
- Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/