Skim Agihan Bina Rumah Untuk Guru KAFA Yang Menetap Di Negeri Kedah Sahaja

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat berita baik untuk guru KAFA di negeri Kedah yang telah merancang untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Permohonan untuk Skim Agihan Bina Rumah untuk Guru KAFA di negeri Kedah telah pun dibuka iaitu melalui Skim Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Skim ini khusus buat guru KAFA yang sedang mengajar dan juga menetap di Kedah sahaja, terutamanya telah berkeluarga tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri untuk didiami.

Pinjaman ini adalah untuk pembinaan sebuah rumah yang bernilai RM57,000 (RM63,000 untuk yang tinggal di Langkawi) bagi pembinaan di tanah sendiri atau yang pasangan sahaja.

JENIS PINJAMAN

Bagi skim pembiayaan ini akan dilakukan dengan kerjasama BIMB dan LZNK.

LZNK telah membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu sebanyak RM28,500.00 manakala untuk daerah Langkawi adalah sebanyak RM31,500.00.

Pembiayaan peribadi (pinjaman) dari pihak BIMB pula adalah 50% dari kos sebuah rumah.

Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200 sehingga RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan bagi Skim Agihan Bina Rumah ini telah pun dibuka pada 1 Julai 2022. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 22 Julai 2022.

Kepada guru KAFA yang telah layak anda dipersilakan untuk menghantar permohonan iaitu dengan mengisi borang permohonan lalu menghantarnya sebelum tarikh tutup permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya untuk calon yang telah memenuhi syarat berikut yang akan dipertimbangkan untuk skim pembiayaan ini:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan juga Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  3. Sedang menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  4. Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  5. Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM1,000.00 dan tidak melebihi RM3,000.00.
  6. Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  7. Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi lalu selamat untuk dibina.
  8. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB.

CARA MOHON

Kepada individu yang berminat, sila ikuti langkah-langkah yang ada di bawah untuk memohon skim pembiayaan ini:

  1. Sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun
  2. Pada bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
  3. Anda perlu mengisi borang dengan menggunakan HURUF BESAR.
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan (lihat senarai yang telah tertera di bawah).
  6. Hantar borang beserta dengan dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Anda perlu pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan kerana permohonan yang akan dihantar selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan serta tanggungan.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (sekiranya berkenaan).
  3. Slip elaun Guru KAFA (3 bulan yang terkini).
  4. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  5. Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  6. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan yang terkini).
  7. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP yang terkini.
  8. Salinan geran tanah yang telah disahkan.

Leave a Comment