Semakan Status BKM: Log in MyBKM & Tarikh Bayaran Fasa 1

Kongsi Artikel Ini

RASMI: Pengkreditan BKM Fasa 1 Akan Diagihkan Pada 28 Mac 2022 (Isnin) Secara Berperingkat

Sejumlah 8.6 juta penerima bakal menerima manfaat RM100 hingga RM300 berdasarkan kriteria dan kelayakan bagi pembayaran Fasa 1 BKM.

Dalam memastikan tiada golongan tercicir daripada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penelitian secara terperinci telah dilaksanakan oleh pihak LHDN. ⠀⠀

Difahamkan LHDN perlu menapis sejumlah 12 juta permohonan program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pada artikel kali ini kami kongsikan berkenaan portal MyBKM bagi tujuan semakan status kelayakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia.

Isi Kandungan

Semakan Status BKM (Log Masuk MyBKM)





BKM merupakan program bantuan tunai Kerajaan yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dalam usaha meringankan kos sara hidup serta bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Menu Log Masuk MyBKM  ini merupakan kemudahan secara atas talian untuk tujuan kemaskini permohonan serta semakan BKM 2022 bagi pemohon yang memiliki rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna serta Kata Laluan yang didaftarkan. Mengenai maklumat pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.




Bagi pemohon lupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MyBKM anda akan disekat dan pemohon dibolehkan untuk mencuba semula selepas tempoh 24 jam.

Sekiranya pemohon masih menghadapi masalah, sila hubungi Cawangan LHDNM yang berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM di 1-800-88-2747.

Semakan Status BKM Fasa 1 (MyBKM)

Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut kami kongsikan cara buat semakan status di laman web MyBKM.

Sila rujuk langkah berikut



  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status BKM di pautan ini: https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Sekiranya anda tak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila isi Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik [Semak].
  6. Buat pengesahan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik [Ya] jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik [Log Masuk].
  10. Anda akan dihantar ke Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM).
  11. Klik Menu [Semakan Status].
  12. Maklumat Semakan BKM akan terpapar di ruangan ini.
  13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan di Terima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status BKM.
  14. Maklumat Pengkreditan iaitu Kadar Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  15. Selesai.

MyBKM

Pastikan dinyatakan Permohonan Diterima seperti screenshot di bawah.

BKM 2

PESANAN: Jika anda menerima status seperti di bawah, terus hubungi pihak LHDNM dengan kadar segera.

BKM 3

Lupa Kata Laluan MyBKM

Tak boleh login MyBKM?

Berikut merupakan langkah yang harus anda lakukan jika mengalami masalah terlupa kata laluan BKM


  1. Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan”
  3. Masukkan no MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak jika kata kunci keselamatan itu betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Sila jawab soalan keselamatan diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Sila masukkan password baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini melibatkan 4 fasa dan dilaksanakan 4 kali setahun.

Tarikh rasmi pembayaran pertama bermula pada bulan 28 Mac 2022.

Sila rujuk jadual berikut:

Jadual Pembayaran BKM 2022

BKM 10

Fasa 1 : 28 Mac 2022 (dikemaskini)

Isi rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang

Fasa 2: Jun 2022

Isi rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3 : September 2022

Isi rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Bujang

Fasa 4 : Disember 2022

Isi rumah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

BKM 4

Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 – Fasa 4

Pembayaran BKM bakal dilaksanakan melalui 4 fasa iaitu 4 kali setahun dan tarikh pembayaran Fasa 2, 3 dan 4 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Kadar bayaran yang akan dikreditkan kepada pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti yang berikut:

BKM 6

Kadar tambahan bayaran hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

BKM 5

Setakat ini kadar bayaran bagi setiap fasa masih belum diumumkan. Maklumat ini akan sentiasa kami kemaskini setelah mendapat info rasmi dan sahih dari pihak LHDN.

Kaedah Pembayaran

Kaedah bayaran BKM adalah sama seperti kaedah bayaran BPR 2021 dan BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
      • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
      • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.



B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Maklumat Lanjut / FAQ Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?

Pendaftaran bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

Bagaimanakah cara membuat Permohonan BKM 2022 melalui MyBKM?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Saya telah menghantar permohonan BKM 2022. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022.

Saya telah menghantar Borang Permohonan BKM 2022 ke cawangan LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

Tidak. Kemas Kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan Baharu /
Kemas Kini yang dihantar ke Cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM tersebut telah diproses
oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan BKM 2022 selanjutnya perlu dikemukakan ke cawangan / PS / PKH / UTC LHDNM dengan mengisi Borang Permohonan BKM 2022 (BK01) semula.


Sekiranya saya tidak mengemaskini semakan status BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?

Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan
kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Bilakah bayaran BKM Fasa 1 akan dikreditkan?

Bayaran BKM fasa 1 dikreditkan pada 28 Mac 2022.

Bilakah bayaran BKM Fasa 2 akan diterima?

BKM Fasa 2 dijangka akan diterima pada Jun 2022.

Bilakah BKM Fasa 3 akan dikreditkan?

Bayaran BKM Fasa 3 akan dibayar pada September 2022.

Bilakah bayaran BKM Fasa 4 akan dibuat?

Bayaran BKM Fasa 4 dijangka akan diterima pada Disember 2022.

Berapa kalikah bayaran BKM akan diterima?

Bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali.

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori Bujang?

RM350

Berapakah jumlah bayaran BKM yang akan diterima oleh kategori warga emas?

RM600 : Warga emas bujang / tiada pasangan
RM900 – RM2300 : Isi rumah berstatus warga emas

Leave a Comment