Kiss Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor 2022 (RM200 Sebulan)

Untuk makluman anda, Pendaftaran online bagi Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) kini telah dibuka bagi tahun 2022!

Kerajaan negeri Selangor telah perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi membantu para ibu dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan untuk pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya serta kedai yang berdaftar.

Program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini untuk makluman bersama.

kiss selangor

PENGENALAN PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Untuk pengetahuan anda, Kasih Ibu Smart Selangor IBU TUNGGAL merupakan sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu TUNGGAL di Selangor.

Dengan menerusi program ini, peserta akan dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan juga pasaraya yang berdaftar secara cashless (Tanpa tunai, hanya menggunakan kad KISS Selangor).

Baca Juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk memohon kad KISS Selangor adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun/di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi/anak berstatus OKU (tiada had umur).
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM2,000.00 dan ke bawah.
  • Berdaftar di dalam sistem eKasih (kategori miskin dan miskin tegar)/sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

SENARAI BARANGAN YANG DILULUSKAN

  • ​Beras
  • Mi dan Bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan Garam
  • Rempah ratus
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayur-sayuran
  • Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  • Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  • Lampin pakai buang (bayi/dewasa)
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

Nota: Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

kiss selangor

Anda Boleh Muat Turun Borang Pendaftaran KISS SELANGOR Di SINI

CARA MEMOHON BANTUAN KISS SELANGOR

Untuk makluman anda pendaftaran kini boleh dibuat dnegan melalui atas talian (online) di pautan laman web berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/kebajikan/kasih-ibu-smart-selangor/

SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA DENGAN PERMOHONAN

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Kad Matriks yang masih sah.
  • Salinan Sijil Kematian/Surat Perceraian/Laporan Polis.
  • Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (untuk penjawat awam/pesara).
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  • Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin/miskin tegar dalam pengkalan data eKasih.
  • Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan melalui saluran berikut:

Seksyen Sektoral & Selcare Management Sdn Bhd

Tingkat 5,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan