Cara Pendaftaran Vaksin Dos Penggalak Melalui MySejahtera/Walk-in Tahun 2022

MAKLUMAN MENGENAI CARA PENDAFTARAN VAKSIN BOOSTER/DOS PENGGALAK ONLINE & WALK-IN BAGI MENGEKALKAN STATUS VAKSINASI YANG LENGKAP

Satu berita baik untuk semua penerima vaksin yang telah lengkap 2 dos, anda boleh memohon dos penggalak (booster dose) Iaitu menerusi aplikasi MySejahtera ataupun secara walk-in.

Anda juga boleh membuat janji temu suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 dengan menerusi Booking Management System dalam aplikasi MySejahtera dari 21 Mac.



Anda perlu lakukannya sebelum status vaksinasi anda yang penuh ditarik balik daripada mereka yang hanya terima vaksin primer lengkap (dos 1 & 2) selewat-lewatnya 31 Mac ini.

Selain dari meluaskan liputan & mempercepatkan lagi suntikan dos penggalak terutamanya kepada warga emas, inisiatif ini juga akan dapat membantu negara laksana fasa peralihan kepada endemik dengan selamat pada 1 April nanti.

cara pendaftaran vaksin

MENGAMBIL DOS PENGGALAK UNTUK MENGEKALKAN STATUS VAKSINASI YANG LENGKAP



Untuk pengetahuan anda, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin iaitu dengan menerusi sidang media terkini telah memaklumkan bahawa penerima vaksin yang berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak iaitu selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 untuk mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.

Bermaksud, mereka yang telah terlibat akan mendapat status vaksinasi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan booster yang telah ditetapkan.

cara pendaftaran vaksin

CARA PENDAFTARAN VAKSIN DOS PENGGALAK MELALUI MYSEJAHTERA



Telah dimaklumkan bahawa pautan untuk membuatĀ  janji temu untuk vaksinasi yang dahulunya hanya untuk vaksinasi kanak-kanak, kini telah di buka untuk semua.

Anda perlu pastikan bahawa akaun MySejahtera anda telah disahkan (verified) untuk menerima pautan ini.

Pautan akan diberikan kepada anda secara berperingkat kepada pengguna MySejahtera.

Sekiranya anda tidak ingin menunggu pautan ini, dos penggalak juga boleh didapati secara walk-in.

cara pendaftaran vaksin

Sila semak laman sesawang ProtectHealth di pautan https://vaksincovid.protecthealth.com.my untuk senarai PPV yang telah menawarkan perkhidmatan walk-in untuk vaksinasi.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon hanya perlu ke Helpdesk di Mysejahtera lalu membuat permohonan mengikut langkah yang berikut:

    1. Anda perlu tekan Helpdesk
    2. Tekan Mula
    3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
    4. Pilih maklumat seterusnya untuk pertanyaan.




Kementerian Kesihatan Malaysia turut berkongsi grafik bagi memudahkan bakal jemaah umrah membuat permohonan dos berkenaan.

PENDAFTARAN BOOSTER SECARA WALK-IN

Untuk suntikan dos penggalak (booster dose) secara walk-in kini telah dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPS) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In.

Anda boleh semak senarai PPV di protecthealth.com.my.

Senarai PPV 1

Dengan adanya pendekatan ini, CITF-B percaya ianya akan dapat memudahkan serta menggalakkan individu yang layak untuk sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama lagi.

Kepada mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu dengan terlebih dahulu dan ianya akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya terdapat pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Dengan pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan untuk memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.

Baca Juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

JENIS VAKSIN DOS PENGGALAK YANG TELAH DISYORKAN

Satu Ringkasan Mengenai Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 secara homologus dan heterologous syor yang terkini daripada Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG).

Dos Penggalak 1

CARA PENDAFTARAN VAKSIN DALAM SENARAI MENUNGGU

Kepada mereka yang layak dan juga memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.

Untuk orang ramai boleh merujuk dan juga boleh menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini dengan menghubungi klinik yang terdekat melalui pautan berikut https://vaksincovid.protecthealth.com.my/find

Vaksin Covid19 1

Anda juga boleh mendaftar dalam senarai menunggu dos penggalak vaksin COVID19 iaitu dengan melalui MySejahtera dengan merujuk kepada HelpDesk (Pilih Option A).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut anda boleh melayari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/vaccineAppointment/

Leave a Comment