Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM).

Makluman kepada anda semua Majlis Perasmian Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) bagi masyarakat Orang Asli Daerah Bera telah diadakan pada 03 Mac 2022 pada jam 10.30 pagi yang bertempat di Kompleks Rakan Muda, Daerah Bera.

Ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah diiringi oleh YB Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Kesihatan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Guai, YH Dato’ Zaman Azam bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Pegawai Daerah Bera.

Turut hadir juga bagi majlis perasmian ini adalah Yang Berbahagia Dato’ Zailani bin Haji Hashim, iaitu Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan).

Dengan melalui inisiatif BLKM ini, belia akan diberi latihan dan juga kesedaran disiplin dalam mematuhi undang-undang di jalan raya.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai program ini.

PENGENALAN PROGRAM BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Untuk pengetahuan anda Program BLKM amat signifikan dalam membantu serta dapat memudahkan golongan sasar termasuklah juga masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan lesen memandu yang sah.

Program itu telah mensasarkan golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Motorsikal (Kelas B2) yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk calon yang terpilih akan diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu.
  • Tiada kecacatan fizikal.
  • Sihat tubuh badan dan mental.
  • Tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.

KADAR BAYARAN

Dengan melalui program ini, calon yang terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 sahaja dan akan diberi latihan dan ujian untuk mendapatkan lesen memandu lalu mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.

CARA MEMOHON

Pada setakat ini, pemilihan calon untuk menyertai program bantuan ini adalah yang terdiri daripada mereka yang telah tersenarai dalam e-Kasih.

Cara memohon untuk menyertai program ini belum dimaklumkan lagi oleh pihak JPJ.

Kepada orang ramai boleh menghubungi JPJ yang terdekat atau saluran berikut untuk pertanyaan yang lebih lanjut:

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Leave a Comment