Semakan Keputusan STPM 2021 (Online & SMS)

Kongsi Artikel Ini

Untuk makluman kepada calon STPM, Semakan Keputusan STPM atau peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2021 akan dikeluarkan pada 18 Ogos 2022 ini.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai  cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon di halaman TriviaMy.

semakan keputusan stpm

 

Isi Kandungan

TARIKH HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2021

Untuk pengetahuan anda, tarikh pengumuman keputusan adalah pada 18 Ogos 2022 (Khamis) mulai pada jam 12.00 tengah hari.

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM 2021




Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memaklumkan bahawa terdapat 3 kaedah untuk membuat semakan keputusan iaitu:

KAEDAH 1: SECARA MANUAL DI SEKOLAH

Kepada calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STPM di sekolah masing-masing bermula pada jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

KAEDAH 2: MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS)

Untuk calon sekolah serta calon persendirian pula boleh membuat semakan keputusan STPM 2021 dengan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/ Nombor kad pengenalan/ Angka Giliran lalu hantar ke 15888.

Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 18 Ogos sehingga 12 tengah hari pada 28 Ogos.




KAEDAH 3: MELALUI SEMAKAN ATAS TALIAN (ONLINE)

Selain itu, semakan juga boleh dibuat dengan menerusi atas talian untuk mendapatkan slip keputusan penuh STPM 2021 di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai pada jam 12 tengah hari pada 18 Ogos 2022.

Calon perlu mengisi nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruangan yang telah disediakan.

Setelah selesai calon perlu tekan butang “HANTAR” untuk mendapatkan keputusan stpm tersebut.

Sekiranya ingin memohon rayuan semakan semula keputusan, calon perlu klik pada bahagian yang berkenaan.

Nota: Kerajaan mengumumkan Bantuan Laptop Percuma bagi pelajar pelajar yang berkelayakan. Selain itu, Bantuan Khas RM150 untuk golongan remaja & belia di seluruh negara akan dikreditkan pada September 2022.

Semakan Keputusan STPM

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah:

Leave a Comment