Rumah Mesra SMJ: Mohon 1,500 Rumah Percuma Sabah 2022

Kongsi Artikel Ini

Kerajaan Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Isi Kandungan

Apa Itu Rumah Mesra SMJ?

Program perumahan ini merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ). “Perancangan Kerajaan Negeri adalah untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta meliputi ke semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, kerja reka cipta dan konsep rumah itu kini di peringkat akhir penilaian oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.



“Pembinaan Rumah Mesra yang berkonsepkan Projek Perumahan Rumah Termiskin (PPRT) ini adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah dalam kalangan rakyat yang berkelayakan.

Berapa Unit Rumah Mesra SMJ Dibina?

Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan.



Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan geran khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina Rumah Mesra yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu.

Permohonan Rumah Mesra SMJ




Kaedah permohonan bagi memiliki Rumah Mesra SMJ ini akan diketahui selepas pelancaran konsepnya pada 29 September 2022 nanti. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa.

Rumah Mesra ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

Selain program perumahan percuma ini, Sabah turut melancarkan Permohonan Laptop Percuma untuk pelajar yang berkelayakan.

permohonan rumah mesra smj

Syarat Kelayakan Rumah Mesra SMJ

“Peruntukan ini (geran khas untuk Sabah) kita kena bagi balik kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan, tidak punya rumah selesa jadi kita putuskan untuk bina rumah percuma ini. Setiap tahun kerajaan persekutuan ada beri untuk bina rumah PPRT, peruntukan itu juga kita bina Rumah Mesra SMJ.




“Kita mahu membantu mereka yang susah, tidak mempunyai rumah atau ada rumah daif supaya mereka dapat merasai nikmat hidup lebih selesa…spesifikasinya mungkin kita ubah sikit daripada rumah PPRT sekarang untuk beri lebih keselesaan kepada rakyat,” katanya di Kampung Serusop, di sini, hari ini.

Hajiji berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan Ramadan dan Aidilfitri kepada 180 penerima berupa barangan harian serta wang tunai dan sumbangan kurma kepada 28 masjid dan 25 surau di negeri ini.




Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Hajiji dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa kerajaan persekutuan bersetuju untuk menaikkan geran khas untuk Sabah 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6, bermula tahun ini.

Sumber: freemalaysiatoday, astroawani

Leave a Comment