Bantuan Laptop Percuma: Permohonan BAIK 2.0 Pelajar Sabah

Kongsi Artikel Ini

Buat makluman anda, Kerajaan Negeri Sabah kini telah menawarkan Bantuan Laptop Percuma atau Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK 2.0) khusus untuk pelajar dari negeri tersebut yang sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bantuan ini telah memasuki fasa ke-2 agihannya.

BAIK 2.0 merupakan sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran.



Bantuan yang diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta ini telah menyasarkan sehingga 1,000 penerima yang tergolong daripada pelajar miskin tegar.

Program yang dilaksanakan sejak tahun 2021 ini telah melibatkan pelajar miskin yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Perlaksanaan bantuan Fasa 1 yang telah dijalankan pada tahun lepas iaitu melibatkan peruntukan sebanyak RM15 juta dan mampu untuk memberikan manfaat kepada 10,000 orang pelajar.

Sekiranya anda berminat untuk memohon, berikut adalah tatacara permohonan secara atas talian.

Isi Kandungan

CARA MOHON BANTUAN LAPTOP PERCUMA




Pemohon boleh mengikuti panduan permohonan seperti yang berikut:

    • Pemohon perlu layari pautan ini untuk melakukan permohonan bantuan laptop percuma

      PERMOHONAN BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0

    • Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

    • Pemohon hendaklah pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan tepat.

    • Muat naik dokumen yang diperlukan.

    • Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan bantuan laptop percuma.

bantuan laptop percuma

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN LAPTOP PERCUMA




Kepada calon yang berminat untuk memohon hendaklah menepati syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

    • Permohonan dibuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera yang berasal dari Sabah yang sedang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
    • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
    • Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
    • Calon hendaklah berikan justifikasi keperluan komputer riba.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk makluman, calon diminta untuk mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang telah disenaraikan di bawah:

      • Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
      • Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
      • Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.



Kerajaan Sabah sebelum ini telah mengedarkan sejumlah 10,000 komputer riba kepada pelajar tingkatan lima dan enam menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) pada 19 Julai hingga 18 Oktober tahun lepas.

Bantuan tersebut melibatkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pemberian itu dipersetujui kabinet dengan peruntukan bernilai RM15 juta.



MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer 2.0, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897

Leave a Comment