Semakan Keputusan TLDM: Pengambilan Perajurit Muda Siri 225/23 (2022)

Kongsi Artikel Ini

Semakan Keputusan TLDM: Semakan Keputusan Permohonan secara atas talian bagi Pengambilan Perajurit Muda TLDM 2022 (Siri 225/23) bermula pada 15 Ogos sehingga 26 September 2022

Kepada pemohon yang telah membuat pendaftaran boleh melayari laman sesawang TLDM sekiranya ingin membuat semakan.



Bagi pemohon yang layak dikehendaki untuk membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Berikut kami akan kongsikan mengenai  syarat-syarat kelayakan dan cara membuat permohonan serta pendaftaran secara online.

Isi Kandungan

PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA SIRI 225/23




Syarat kelayakan asas adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 sehingga 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2023.
  • Merupakan lepasan SPM & SVM – Lelaki dan wanita
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dan Politeknik/ Universiti/ Awam/ Swasta – Lelaki sahaja
  • Taraf permohonan – Bujang ( Tidak pernah berkahwin)
  • Pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kes jenayah/ juvana/ dadah.

Syarat-syarat kelayakan khusus/ ko-kurikulum dan juga taraf kesihatan hendaklah dirujuk melalui laman web TLDM atau melalui poster di bawah.

Semakan Keputusan TLDM

CARA MEMOHON TLDM 2022



Buat makluman pemohon, permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian (online registration).

  • Pemohon mestilah mengimbas kod QR untuk mendaftar maklumat awal.
  • Cara Memohon, syarat-syarat kelayakan, kelayakan Akademik serta taraf kesihatan boleh dirujuk di laman sesawang Tentera Laut Diraja Malaysia di pautan www.navy.mil.my.

Semakan Keputusan TLDM

TARIKH PERMOHONAN TLDM 2022




  • Tarikh Pendaftaran Atas Talian pada: 15 Ogos 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan pada: 26 September 2022
  • Sebarang permohonan selepas tarikh tutup adalah tidak diterima.

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut sila layari pautan: https://www.navy.mil.my/index.php/ms/perkhidmatan/pendaftaran-pengambilan-perajurit-muda-tldm-siri-225-23

SEMAKAN KEPUTUSAN TLDM 2022



Untuk makluman, pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my lalu masuk ke pautan Perkhidmatan/Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 224/22 atau pemohon boleh terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/.

Keputusan yang telah dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.

Leave a Comment