Sukacita dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi Tahun 2021 akan diumumkan pada 30 Jun ini.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya, telah memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pada jam10 pagi manakala untuk calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.
Berikut kami akan kongsikan info lanjut mengenai keputusan bagi calon STAM 2021 dan juga cara membuat semakan pada 30 Jun 2022 ini.
Isi Kandungan
PENGENALAN STAM
Untuk pengetahuan anda, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Al-Azhar Al-Sharif.
Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 manakala peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000.
STAM telah diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan juga Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai lalu diiktiraf di dalam dan di luar negara.
BIDANG & SENARAI MATA PELAJARAN STAM
Untuk pengetahuan anda, ini adalah senarai mata pelajaran STAM berdasarkan dengan bidang yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:
BIDANG | MATA PELAJARAN |
---|---|
Bahasa Arab | 1. Nahu dan Sarf 2. Insya’ dan Mutala’ah 3. Adab dan Nusus 4. ‘Arudh dan Qafiyah 5. Balaghah |
Syariah | 6. Fiqh 7. Hadith dan Mustolah |
Usuluddin | 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 9. Tauhid dan Mantiq 10. Tafsir dan Ulumuhu |
PELAPORAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN STAM
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:
PERINGKAT | TAKRIF |
---|---|
Mumtaz | Cemerlang |
Jayyid Jiddan | Sangat Baik |
Jayyid | Baik |
Maqbul | Lulus |
Rasib | Gagal |
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN
1) SEMAKAN KEPUTUSAN DI SEKOLAH:
Kepada calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pada jam 10 pagi. Manakala untuk calon persendirian pula, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.
2) SEMAKAN SECARA ONLINE:
Kepada calon sekolah dan juga persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan https://myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pada pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.
3) SEMAKAN MELALUI SMS:
Selain dari itu, kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran lalu hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pada pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.