Jenis Bantuan & Cara Mohon Bantuan Baikpulih Rumah Yang Uzur

Sukacita dimaklumkan mengenai Permohonan Bantuan Program Sayangi Rumahku 2022. Bantuan baik pulih dan juga bina baharu rumah yang telah mengalami kerosakan rumah dan juga rumah yang telah uzur kini telah ditawarkan bagi pemohon yang layak.

Kami akan kongsikan info lanjut mengenai syarat dan cara permohonan untuk makluman bersama.

PENGENALAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU

Untuk pengetahuan anda, program ini telah menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA SEBARANG BAYARAN untuk rakyat negeri Perak yang telah mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.

JENIS BANTUAN  YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 jenis bantuan yang telah ditawarkan iaitu:

  1. Bantuan Baik Pulih:
    • Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki.
  2. Bantuan Bina Baharu:
    • Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat untuk diduduki.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia dan sudah Berkahwin.
  • Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak.
  • Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu/Ketua Kampung.
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu).
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi yang lain
    Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih).

Program Sayangi Rumahku 1

CARA MOHON

Anda boleh dapati borang permohonan secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau pun adan boleh cetak di laman web www.yayasanperak.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929/05-246 0998 atau anda boleh Cawangan Yayasan Perak di:

  • Pejabat Yayasan Perak
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
    30000, Ipoh, Perak
  • Pejabat ADUN
  • Pejabat Daerah/Pejabat Penghulu

Leave a Comment