Cara Daftar Rumah Sewa Untuk Para Pelajar IPTA

Terdapat berita baik untuk semua pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di sekitar kampus masing-masing, kini pelajar boleh melakukannya dengan menerusi Portal Rumah Siswa yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 4 Mac 2021 untuk menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus.

Dengan Rumah Siswa ini, ianya akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, melaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan dengan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.

PENGENALAN PORTAL RUMAH SISWA

Untuk pengetahuan para pelajar, Portal Rumah Siswa merupakan platform khas yang telah menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat dan juga memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga yang kompetitif.

Hal Ini untuk memastikan bahawa pelajar IPTA tidak teraniaya apabila membuat persediaan untuk mencari rumah sewa berdekatan kampus.

Agenda Rumah Sewa 1

IPTA YANG TERLIBAT

Untuk makluman anda, Portal ini telah melibatkan kerjasama daripada 20 IPTA utama di seluruh negara seperti yang berikut:

  1. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  2. Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  3. Universiti Malaya (UM).
  4. Universiti Utara Malaysia (UUM).
  5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
  6. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
  7. Universiti Sains Malaysia (USM).
  8. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  10. Universiti Malaysia Pahang (UMP).
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM).
  12. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
  13. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  14. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  16. Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
  17. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
  18. Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
  19. Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

20 Universiti 1

CARA MOHON

Kepada pelajar yang berminat untuk mendaftar ke Portal Rumah Siswa boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. Pelajar perlu layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  2. Klik pada butang ‘Daftar’ di bahagian atas kanan laman web.
  3. Isi maklumat yang diperlukan lalu klik butang ‘Daftar’.
  4. Kemudian, log masuk ke email anda lalu klik butang ‘Verify Email Address’ untuk mengesahkan email pelajar.
  5. Kemudian untuk membuat carian, taip nama tempat/bandar dan diikuti dengan butang ‘Cari’.
  6. Senarai kediaman akan dipaparkan untuk rujukan para pelajar.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya para pelajar ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai Portal Rumah Siswa, sila layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.

Leave a Comment