MyIMMS eServices: Cara Renew Passport Secara Online

Untuk makluman anda Pihak Imegresen telah maju selangkah lagi dengan memperkenalkan kemudahan untuk renew passport online untuk semua rakyat Malaysia iaitu melalui kemudahan MyIMMS eServices.

Pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan passport mereka untuk melancong ke luar negara memandangkan kebenaran rentas negeri telah disekat sepanjang tempoh PKP dan juga PPN.

Apabila kebenaran rentas negeri telah dibenarkan, ramai daripada kita sudah tentunya perlu renew passport dengan terlebih dahulu memandangkan passport sedia ada sudah pun expired.

Malah, mengikut dari undang-undang anda dikehendaki untuk memastikan passport anda mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan daripada baki tarikh luput sebelum dibenarkan untuk ke luar negara.

PENGENALAN MyIMMS eSERVICES

Untuk pengetahuan anda MyIMMS eServices merupakan sebuah portal yang telah diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang telah dikendalikan oleh Jabatan Imegresen Malaysia antaranya ialah:

  • MyOnline Permit.
  • MyOnline Residence Pass.
  • MyOnline Passport.
  • MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker.
  • ePLSI.

Disebabkan dengan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan satu aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

Cara untuk menggunakannya juga sangatlah mudah.

Setelah selesai membuat pembayaran secara online, anda hanya perlu hadir ke kaunter Jabatan Imegresen Malaysia yang berdekatan dengan anda untuk membuat kutipan passport yang baru.

Walau bagaimanapun, kemudahan renew passport online ini hanyalah untuk pemohon yang passport mereka telah tamat tempoh sahaja.

Bagi pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan untuk membuat permohonan secara atas talian.

CARA RENEW PASSPORT MyIMMS eSERVICES

Cara Renew Passport 1

Sekiranya ingin renew passport secara dalam talian, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah seperti yang berikut:

  1. Anda perlu layari portal MyIMMS eServices di pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main
  2. Lihat pada bahagian “MyOnline Passport” dan anda klik pada “Permohonan Pasport – Application for the renewal of passport”.
  3. Pada halaman berikutnya, anda akan diterangkan mengenai tempoh pengeluaran passport, spesifikasi foto passport, terma dan syarat, jumlah bayaran dan pelbagai lagi perkara lain.
  4. Pastikan anda telah membaca kesemua informasi yang telah dipaparkan dengan teliti.
  5. Klik pada butang Setuju pada bahagian bawah halaman tersebut.
  6. Lengkapkan segala maklumat yang telah dikehendaki.
  7. Pilih cawangan kutipan passport.
  8. Muat naik gambar mengikut kriteria yang telah dinyatakan. Kegagalan untuk berbuat demikian yang menyebabkan permohonan anda akan ditolak.
  9. Lengkapkan bayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad
    Simpan resit.

Kepada pemohon mestilah hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, passport sedia ada dan juga resit bayaran. Wakil adalah tidak dibenarkan.

TEMPOH MASA UNTUK KUTIPAN PASSPORT

Untuk makluman anda setelah selesai membuat pembayaran, anda boleh membuat semakan di portal MyIMMS eServices untuk mengetahui sama ada passport baru anda sudah siap untuk dikutip.

Kepada pemohon di bawah umur 18 tahun mestilah membawa sijil kelahiran dan juga penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

Leave a Comment