eGumis : Semak Wang Tidak Dituntut Anda Bulan Disember 2022, Tempoh Sahlaku Hanya 6 Bulan Sahaja

Kongsi Artikel Ini

Semak Wang Tidak Dituntut Anda Bulan Disember!

Untuk pengetahuan anda, eGumis merupakan portal untuk membuat semakan berkenaan dengan Wang Tak Dituntut (WTD).

Portal ini telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk memudahkan pengguna bagi membuat semakan secara atas talian.


Antara tuntutan atau tebus eGumis WTD yang boleh dibuat adalah tuntutan jenis Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Simpanan Tetap, Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Baca Juga:

Isi Kandungan

MAKSUD WANG TAK DITUNTUT



Untuk makluman anda, WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya. Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tahukah anda bahawa sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.




Antaranya ialah:

    • Gaji/ Upah/ Komisen/ eGaji
    • Dividen
    • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    • Simpanan tetap
    • Deposit/ Cagaran
    • Keuntungan yang telah diisytiharkan
    • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
    • Akaun Simpanan
    • Akaun Semasa
    • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)



Untuk mengelakkan penipuan, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan sebelum membuat semakan iaitu:

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang UMA-7 yang legkap diisi dan ditandatangan.
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan cetakan carian WTD yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan mempunya sama dengan maklumat pemohon daripada portal eGumis.
  • Dokumen asal yang berkenaan.
  • Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD sekiranya dokumen asal tiada.
  • Salinan muka hadapan buku akaun.
  • Sekurang-kurangnya dua daripada 3 dokumen
    • Borang pembelian asal banke cheque.
    • Banker cheque yang asal.
    • Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN eGUMIS ONLINE




Berikut adalah merupakan beberapa cara untuk mengemukakan permohonan:

  • Anda perlu layari Portal eGumis di pautan https://egumis.anm.gov.my/
  • Lalu buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Pengguna akan mendapat emel. Log masuk portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah diberikan. Sebaiknya pengguna menukar kata laluan yang baru bagi memudahkan pada masa hadapan.
  • Kemaskini maklumat pengguna.
  • Klik pada KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT untuk membuat semakan WTD melalui pengenalan diri.
  • Sekiranya ada,cetak maklumat WTD tersebut.

NOTA: Tempoh aktif akaun hanya 6 bulan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-80008700

Leave a Comment