TERKINI : Bayaran BKM Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Sehingga Disember 2022

Kongsi Artikel Ini

BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerajaan turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.


Baca Juga:

Sila ikuti perkongsian di halaman TriviaMy ini untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

Isi Kandungan

KADAR BKM TAMBAHAN RM500



Untuk pengetahuan anda, kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya akan diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500




Bayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

  • Fasa 1 : 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : 27 Jun 2022
  • Fasa 3 : Bermula September 2022
  • Fasa 4 : Bermula 15 November 2022.

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN RM500



Semakan & pengkreditan status BKM akan bermula pada 15 November 2022. Berikut ialah cara membuat semakan kelayakan BKM Tambahan:

Anda perlu layari laman web di pautan https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx

Leave a Comment