Program Bantuan iSejahtera Sebanyak RM100 – RM150 Sekali Setahun

MAKLUMAN MENGENAI PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA UNTUK IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU, SURIRUMAH, PELAJAR DAN JUGA BAYI.

Sistem iSejahtera adalah sistem yang telah dibangunkan selaras dengan Hasrat kerajaan negeri bagi melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan juga penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang serta dapat diakses melalui pautan iSejahtera.

Sistem ini telah dimulakan dengan Program Penghargaan Warga Emas dan telah diperluas lagi untuk program-program kebajikan seperti yang berikut:

  • Program Ibu Tunggal.
  • Program OKU.
  • Program Anak Emas.
  • Program Pelajar Emas.
  • Program Ibu Emas.
  • Program Bantuan One-off.

Sistem ini juga telah digunakan oleh orang awam, Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen, Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) untuk urusan yang telah melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan juga pengurusan pembayaran. Selain daripada itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa yang akan datang

JENIS PROGRAM BANTUAN iSEJAHTERA 2022

Terdapat beberapa jenis program bantuan yang boleh dimohon bagi tahun 2022 iaitu:

  • Program Warga Emas
  • ProgramBantuanIbuTunggal
  • ProgramKemiskinanAES
  • Program Bantuan OKU
  • Program Anak Emas
  • Program Ibu Emas

SYARAT BANTUAN iSEJAHTERA 2022

Untuk Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang barikut:

1.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN  PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS:

  1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun dan ke atas pada tahun semasa mendaftar.
  2. Telah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK DISINI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN ADALAH:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  3. Salinan penyata bank yang terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas telah memaparkan nama dan nombor akaun pemohon. Pemohon perlu pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL:

  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Bercerai atau kematian suami.
  4. Berumur di bawah 60 tahun semasa mendaftar.
  5. Tidak berkahwin semula.
  6. Mestilah mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN ADALAH:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan salah seorang anak.
  3. Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  4. Salinan Kad Pengenalan Waris/Penerima Khairat.
  5. Salinan Sijil Kematian suami/dokumen penceraian/dokumen yang berkaitan.
  6. Salinan penyata bank yang terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas telah memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon. Pemohon perlu pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  7. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SILA KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM SURI EMAS:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. SILA KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap
  4. Wanita masih berumahtangga.
  5. Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN ADALAH:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Suami.
  3. Salinan Sijil Perkahwinan.
  4. Salinan penyata bank yang terkini/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon. Sila pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  5. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SILA KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM BANTUAN OKU:

  1. Mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Menetap di Negeri Pulau Pinang.
  3. Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN ADALAH:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Waris.
  3. Salinan Kad Pendaftaran OKU.
  4. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon/waris. Sila pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.

5. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM ANAK EMAS:

  1. Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Anak yang berumur kurang 2 tahun dari tarikh dilahirkan.
  3. Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. SILA KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN ADALAH:

  1. Salinan Sijil Kelahiran anak.
  2. Salinan Kad Pengenalan ibubapa.
  3. Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon. Sila pastikan akaun bank yang dimuatnaik adalah akaun bank yang aktif.
  4. Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SILA KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

Borang Permohonan 1

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN iSEJAHTERA

Makluman kepada pemohon yang ingin memohon bantuan ini boleh mendaftar secara atas talian (online).

Untuk permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang telah diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN/Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan juga kembalikan borang tersebut beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang telah dipohon.

Untuk permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my

Dokumen Yang Diperlukan Adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/Penerima Khairat.
  • Salinan Sijil Kematian suami/dokumen penceraian/dokumen yang berkaitan.
  • Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan juga nombor akaun pemohon.
  • Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). SILA KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR

SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN

Untuk Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

JUMLAH BANTUAN

BAYARAN SATU KALI SETAHUN:

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Ibu Emas: RM100
  • Program Bantuan OKU: RM150

BAYARAN SEKALI SECARA ONE-OFF:

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian: RM1,000

TARIKH MULA PEMBAYARAN

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan yang berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/app/panduan/panduan.pdf

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan