Pencen Penakat Perkeso: Yang Anda Perlu Tahu

Untuk makluman kepada anda semua mungkin terdapat segelintir pihak kita yang tidak pernah dengar mengenai pencen PENAKAT PERKESO walaupun sudah lama telah menjadi pencarum PERKESO.

Sebenarnya, ianya adalah merupakan salah satu daripada bentuk perlindungan bagi mereka yang telah kehilangan pasangan.

Di bawah skim ini pula, kita boleh dapat dengan sekurang-kurangnya RM475 sebulan ataupun maksimum 65% daripada gaji bulanan seorang pencarum.

Memandangkan dengan musim wabak ini akan dijangka berlarutan, lebih eloklah sekiranya kita mengambil tahu mengenai pencen PENAKAT PERKESO untuk makluman kita bersama.

Dapatlah juga membantu serba sedikit kepada yang memerlukan dalam keadaan pandemik COVID-19 ini.

PENGENALAN PENCEN PENAKAT PERKESO

Untuk pengetahuan anda semua, pencen penakat akan dibayar kepada keluarga tanggungan yang layak apabila orang yang berinsurans telah meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Sekiranya suami/isteri anda bekerja lalu ada potongan KWSP serta SOCSO, apabila telah berlaku kematian suami ataupun kemalangan yang telah menyebabkan suami anda tidak bekerja dengan sepenuhnya, pencen Penakat akan boleh dituntut.

Sekiranya telah berlaku kematian pasangan, suami/isteri boleh menuntut untuk pencen Penakat bagi diri anda serta anak-anak sehingga mereka habis belajar di Universiti.

Berikut adalah merupakan syarat kelayakannya:

SYARAT KELAYAKAN

  1. Orang Yang Berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) serta mestilah memenuhi syarat kelayakan caruman (tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan).
  2. Orang Yang Berinsurans meninggal dunia semasa sedang menerima Pencen llat tanpa mengambil kira umurnya.

TEMPOH KELAYAKAN PENUH

Orang Berinsurans disifatkan telah memenuhi tempoh kelayakan penuh sekiranya:

  1. Caruman bulanannya telah dibayar dengan sekurang-kurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut sebelum bulan notis kematiannya.
  2. Caruman bulanannya telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 bulan-bulan genap yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula caruman harus dibayar di bawah Akta dengan tarikh kematiannya, dengan syarat jumlah bilangan caruman bulanan yang dibayar dalam tempoh tersebut mestilah sekurang-kurangnya 24 bulan.

KADAR PENCEN PENAKAT PERKESO

Untuk pengetahuan anda, kadar pencen penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% sehingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan dengan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.

Orang tanggungan yang layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.

Ini merupakan Contoh Pengiraan:
Caruman bulanan telah dibayar haruslah tidak kurang daripada 24 bulan dalam 40 bulan
Tarikh masuk skim > 01/09/2011
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh 40 bulan kebelakang berturut-turut sebelum bulan Notis diterima > 09/2011-12/2014

Caruman bulanan yang telah dibayar tidak kurang daripada 2/3 daripada bulan genap dalam tempoh caruman mula kena dibayar
Tarikh masuk skim > 01/07/1999
Tarikh kematian > 01/01/2015
Tempoh bulan caruman Julai 1999 hingga Disember 2014 > 186 bulan
2/3 caruman bulanan telah dibayar > 2/3 x 186 bulan = 124 caruman

Berdasarkan daripada jadual yang ada di atas, orang tanggungan yang layak menerima pencen dengan kadar 59% daripada gaji bulanan purata anggapan seperti pengiraan yang berikut:

Nota: Sekiranya seseorang yang telah meninggal dunia itu adalah merupakan penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang telah diterimanya.

ORANG TANGGUNGAN SERTA KADAR HARIAN

Kadar harian faedah Pencen Penakat adalah mengikut keutamaan yang berikut:

Sekiranya tidak meninggalkan balu atau duda ataupun anak, Pencen Penakat mestilah dibayar kepada:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Pencen Penakat Perkeso ini, anda dipersilakan untuk rujuk pautan yang berikut:

https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-keilatan.html

ATAU

Anda boleh terus menghubungi pihak PERKESO melalui saluran berikut:

Leave a Comment