Pakej Perantisiswa 2022: Cara Mohon Peranti Percuma Khusus Buat Pelajar IPT

Sukacita dimaklumkan mengenai Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia bagi pelajar IPT akan dibuka bermula pada 15 April 2022 ini.

Perkara ini telah diumumkan melalui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Pada masa ini, pihak K-KOMM sudah memperoleh data yang berkaitan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dengan dianggarkan 400,000 pelajar IPT seluruh negara akan bakal mendapat manfaat daripada program itu.

Beliau telah berkata, pihaknya juga telah mempunyai senarai nama pelajar golongan B40 yang sudah berdaftar dan ianya boleh dikenal pasti apabila pemohon memasukkan nombor kad pengenalan serta matriks mereka melalui sistem yang telah disediakan.

“Sekiranya terdapat pelajar yang tercicir daripada senarai permohonan, mereka masih boleh memohon dan ianya dikategorikan sebagai kes rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan bakul Ramadan di Kampung Berangan, Batu 8, Kadok pada 9 April 2022.

“Peranti tersebut akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu sesi pertama yang telah membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya akan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang telah lengkap.

“Sesi kedua pula adalah kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

“Kami akan memulakan pengagihan pada minggu kedua Jun ini. Peranti yang akan diberikan ini bukan berkualiti rendah, malah ianya diambil daripada jenama terbaik dalam pasaran,” katanya.

Peranti Perlu Dipulangkan Setelah Selesai Tamat Pengajian

Untuk peranti yang bakal diagihkan ini mempunyai waranti tertentu di mana sekiranya berlaku kerosakan, pelajar boleh mengembalikannya untuk diganti dan akan diberikan set gantian, selain itu ianya boleh diguna pakai selama tempoh pengajian mereka di IPT.

“Selepas sahaja tamat pengajian, mereka hendaklah menyerahkan semula peranti itu kepada pusat pengajian dan kita akan menentukan apa yang perlu dibuat dengan peranti terbabit.

“Pihak kami menggunakan konsep kebolehgunaan peranti percuma selama tempoh mereka menjadi pelajar, dan ianya sama sekali tidak boleh dipindah milik, dijual mahupun dihilangkan kerana selagi mereka masih belajar, peranti berkenaan dikira secara berdaftar sebagai hak milik kerajaan.

“Tujuannya adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan peranti yang telah diberikan kerana berdasarkan dengan pengalaman lalu di mana apabila pelajar memperoleh peranti, terdapat dalam kalangan mereka yang menjualnya, malah ada juga yang memberikannya kepada orang lain,” katanya.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terdahulu.

PENGENALAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

Program ini telah dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma dan juga syarat yang akan ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk makluman anda, yang layak menerima tablet percuma ini adalah Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 akan layak memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan juga ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Buat pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • Maxis Berhad (Maxis)
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Telekom Malaysia Berhad (TM)
  •  YTL Communications Sdn Bhd (YES)

TARIKH PERMOHONAN

Untuk tempoh pendaftaran dan juga permohonan pakej ini akan bermula pada 15 April 2022.

TARIKH PENGAGIHAN PERANTI

Pengagihan peranti akan bermuka pada minggu kedua Jun ini.

Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu pada:

  • Sesi pertama – membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan ianya akan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan juga agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

Pihak IPT akan diberikan taklimat lanjut oleh K-KOMM serta KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

CARA MOHON

Diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat dengan menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

Maklumat lanjut dan juga pautan rasmi akan dikongsi dalam masa yang terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Leave a Comment