Pakej Internet Perpaduan Separuh Harga, Tiga Kali Ganda Kelajuan Serendah RM5 Sebulan

Kongsi Artikel Ini

Pakej Internet Perpaduan

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memperkenalkan satu pakej internet perpaduan prabayar mudah alih dengan harga lebih rendah daripada harga yang ditawarkan di pasaran sekarang iaitu RM5 sebulan bermula Februari 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata langganan itu akan dilaksana membabitkan kerjasama lima syarikat penyedia telekomunikasi iaitu, Celcom, Digi, Maxis, Umobile, Telekom Malaysia (TM), dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Pakej Internet Perpaduan Prabayar



“Pakej perpaduan prabayar ini yang ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh enam bulan yang khusus untuk belia, golongan B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan veteran.

“Dengan hanya RM5 sebulan, golongan itu boleh menikmati Pakej Internet Perpaduan Prabayar dengan kelajuan tiga megabit sesaat (Mbps) dengan data 30GB,” katanya pada sidang medianya kelmarin.

Pakej Internet Perpaduan

Fahmi berkata, data 30GB itu dapat menampung penggunaan perkhidmatan Chat dan Voice Call serta penggunaan aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian seperti pembelian dalam talian, penghantaran makanan dan tempahan, urusan perbankan, carian internet dan navigasi serta berita dan maklumat.


“Secara umumnya, berbanding pakej sedia ada, ia menawarkan penjimatan RM5 sebulan, dengan tempoh sah dua kali ganda iaitu daripada 90 hari sebelum ini kepada 180 hari dengan kuota data yang hampir sama.

“Kelajuan pakej juga meningkat tiga kali ganda daripada satu Mbps kepada tiga Mbps. Ini bermaksud separuh harga, tiga kali ganda kelajuan. Pakej ini menawarkan potensi penjimatan 65 peratus hingga 85 peratus bersamaan RM90 ke RM150 bagi tempoh enam bulan berbanding pakej semasa dalam pasaran,” katanya.

Fahmi berkata, ini adalah pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk menawarkan nilai tambah atas pakej ditawarkan ini.

“Dalam minggu dan bulan akan datang, Kementerian ini akan berusaha lebih gigih untuk memastikan beberapa perkara dapat diumumkan. Ada beberapa perkara sedang dibincangkan.

“Bagi pengguna ‘broadband’, dalam masa terdekat kita ada pengumuman yang baik dan bulan akan datang akan ada beberapa perkara yang saya jadikan keutamaan untuk bantu rakyat terutama ketika kita mahu ekonomi dapat dijana dengan lebih baik serta mengurang kos sara hidup,” katanya.




Artikel Berkaitan :

Inisiatif Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment