Bantuan Khas Kewangan Bonus Untuk Penjawat Awam & Pesara 2023

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Khas Kewangan Bonus Untuk Penjawat Awan & Pesara 2023

Buat makluman anda, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Katanya lagi, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan juga dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan telah membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.



Ianya adalah susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Jan 2023, maka peruntukan mestilah dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 dalam tempoh dari 1 Jan sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Sebelum ini Bajet 2023 yang telah disediakan kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu.




Isi Kandungan

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM 2023



Untuk pengetahuan anda, Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara akan diteruskan pada Januari 2023.

Diteruskan juga untuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Baca Juga:

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023




Terdaat 2 Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 antaranya ialah:

  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah.
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023



Bantuan Khas Kewangan akan dibayar pada Januari 2023.

Leave a Comment