Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) : Permohonan, Semakan & Bayaran

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan bagi tahun 2023 menurut ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat, 20 Disember 2022. Beliau telah membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107 billion yang seterusnya telah diluluskan sebulat suara Dewan Rakyat.



Menurut beliau juga, bayaran BTR fasa 1 akan disalurkan awal pada bulan Januari 2023 dan bukanlah pada bulan Mac sepertimana yang diumumkan sebelum ini. ‘Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan bantuan ini kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutamanya di Terengganu & Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir, maka jadual bayaran pada bulan Mac itu akan diawalkan supaya mereka perolehi bantuan tunai ini pada bulan Januari’ ujar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Inisiatif Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Dewan Rakyat pada hari Selasa, 20 Disember 2022 telah pun sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Ini telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah tiada perbahasan untuk kedua-dua usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan & Semakan Bantuan Tunai Rakyat 2023

Berikut akan dikongsikan perincian mengenai Bantuan terkini untuk rakyat pada tahun 2023 serta maklumat lain yang berkaitan.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Apa itu Bantuan Tunai Rakyat 2023?


BTR 2023 adalah bantuan tunai yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Nama bantuan kemungkinan belum dimuktamadkan dan ianya dikemaskini berdasarkan ucapan Perdana Menteri pada Sidang Dewan Rakyat 20 Disember 2022. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah BKM, BPR, BSH dan BR1M.

Bayaran Fasa 1

Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

Tarikh Bayaran

Fasa 1 : Diawalkan kepada Januari 2023 (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini)

Jumlah Bayaran

Fasa 1 :

  • Isi rumah : RM 300
  • Bujang : RM 100

Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Maklumat Lanjut




Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut;

  • Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BKK MOF : 03-8882-4565 / 03-882-4566

Baca Juga :

Leave a Comment