MyLesen : Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Program MyLesen B2 Tahun 2024 : Bantuan Lesen Memandu B40

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Bantuan Lesen Memandu melalui Program MyLesen B2 bagi Tahun 2024.

Program MyLesen ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.



Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk memohon Bantuan Lesen Memandu bagi Tahun 2024, permohonan lesen percuma 2024 ini boleh dipohon dengan mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini adalah sehingga kuota penyertaan telah dipenuhi.

Bantuan Lesen Memandu

Bantuan Lesen Memandu 2024




Baca Juga :

Kepentingan Program MyLesen B2

Impak daripada program MyLesen B2 ini adalah untuk;

  • Membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompetetan.

Manfaat Program MyLesen B2

Antara manfaat yang akan diperoleh oleh peserta sekiranya menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024 ini adalah peserta akan ditawarkan dan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.


Tiada bayaran yang akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Tempoh Masa Dan Prosedur

Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum LMM Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:

  • Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
  • Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
  • Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
  • Ujian JPJ

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024




Program MyLesen B2 bagi tahun 2024 ini akan membuka kuota sebanyak 35,000 peserta dan syarat-syarat peserta adalah;

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu.
  • Bebas daripada senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM.

Terma & Syarat

Terma dan syarat-syarat permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024 bagi semua peserta adalah seperti ketetapan berikut;




  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  3. Sihat fizikal dan mental.
  4. Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
  12. Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024

Peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin membuat pendaftaran Bantuan Lesen Memandu, boleh scan QR code yang dinyatakan pada poster di atas atau klik melalui pautan yang disediakan dibawah:


KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN

Bantuan Lesen Memandu 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat e-mel [email protected] atau merujuk kepada Soalan Lazim FAQ – MyLesen B2 berkaitan program ini.

Leave a Comment