TEMUDUGA SPA – Seperti semua sedia maklum, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan sentiasa membuka ruang untuk pemohon memohon jawatan yang tersedia. Dalam setiap permohonan yang berjaya, pasti akan disusuli dengan beberapa proses yang perlu dilalui oleh calon. Antara proses yang perlu dilalui adalah proses menghadiri temuduga SPA.
Di dalam proses menghadiri temuduga SPA, pastinya akan mempengaruhi keputusan kelayakan dalam sesuatu permohonan. Proses ini sangat penting dalam pemilihan calon yang sesuai untuk ke fasa atau tahap seterusnya.
Melalui laman tiktok SPAMalaysiaOfficial, dikongsikan beberapa tips untuk menjawab soalan temuduga SPA. Anda telah bersedia untuk menyelami pengetahuan baharu? Teruskan membaca.
Isi Kandungan
Soalan Bocor Temuduga SPA
Apabila menghadapi sesuatu temuduga SPA, pastinya calon akan berhadapan dengan soalan-soalan yang ‘killer’. Namun, setiap soalan ‘killer’ ini pasti mudah untuk dijawab jika persiapan telahpun dilakukan. Mari kita lihat antara soalan-soalan bocor SPA ketika temuduga.
- Organisasi bagi jawatan yang dimohon
- Kementerian yang mengendalikan jawatan yang dimohon
- Deskripsi kerja dan tugasan bagi jawatan yang dimohon
- Hierarki bagi setiap organisasi jawatan yang dimohon
- Pengetahuan Am dan Isu semasa negara
LAGI PEMBACAAN MENARIK : WANG TIDAK DITUNTUT
Cara Nak ‘Tackle’ Soalan Temuduga SPA
Apabila anda telah tahu soalan-soalan yang akan ditanya, pastinya anda perlu melakukan persiapan bagi menjawab soalan-soalan tersebut. Lakukan sebanyak mungkin kajian dan pembacaan cara untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Di dalam video yang dikongsikan, terdapat beberapa tindakan yang perlu dilakukan bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut.
1. Anda sebagai calon perlu mengetahui latar belakang setiap jawatan yang dimohon. Perlu melakukan pembacaan secara terperinci mengenai perkara-perkara berikut :
a. Perincian jawatan yang dimohon termasuk skim penggajian dan deskripsi tugasan
b. Jabatan dan kementerian yang bertanggungjawab terhadap jawatan yang dimohon
c. Individu penting yang terlibat didalam sesebuah jabatan dan kementerian yang terlibat
Seperti yang telah dikongsikan pada video, contoh yang diberikan adalah jawatan bagi ahli bomba. Anda perlu mengetahui siapa individu penting disebalik jabatan bomba dan kementerian yang menjaga jabatan bomba. Kesemua pengetahuan ini perlu disematkan didalam persiapan menjawab persoalan yang akan dilontarkan.
2. Selain pengetahuan berkenaan dengan jabatan yang terlibat, anda juga perlu mengetahui isu semasa dan pengetahuan am. Antara soalan yang dikongsikan dalam video tersebut ialah :
a. Pengetahuan tentang isu semasa, didalam dan luar negara
b. Pengetahuan berkenaan dengan sistem berperlembagaan negara termasuk tentang parlimen malaysia
c. Pengetahuan mengenai berita-berita semasa tentang penjawat awam di Malaysia
Pengetahuan mengenai perkara-perkara yang telah disenaraikan perlu menjadi panduan dalam mempersiapkan diri bagi menjawab persoalan-persoalan temuduga. Disamping memenuhi diri dengan pengetahuan mengenai sesuatu jawatan tertentu, anda juga perlu mempersiapkan diri dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling anda. Hal ini akan menunjukkan kepada panel, bahawasanya anda peka terhadap keadaan sekeliling.
Selitkan Keyakinan Dalam Jawapan
Dalam menjawab soalan-soalan temuduga, anda harus yakin dengan jawapan yang diberikan walaupun anda berasa ragu dengan jawapan tersebut. Namun, sekiranya anda betul-betul tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara, anda boleh berikan jawapan yang berkaitan dan elakkan untuk berkata tidak tahu dalam jawapan anda.
Anda sebagai calon yang terpilih harus melakukan persiapan dengan baik. Pastikan menjaga kesihatan diri dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang sebaiknya dalam menghadapi temuduga. Dan satu lagi tips, anda harus bijak mengawal gemuruh pada diri ketika menjawab soalan-soalan temuduga.
Seronok membaca tips dan pengetahuan mengenai tips menjawab soalan temuduga ini?Kongsikan kepada rakan-rakan dan sahabat yang akan menghadiri sesi temuduga kelak.
@spamalaysiaofficial Persiapan Penting Untuk Temu Duga Hi geng #SPAOhsem. Hari ni min kogsikan persiapan penting yang anda perlu tahu sebelum masuk ke bilik temu duga. Semoga bermanfaat. #suruhanjayaperkhidmatanawammalaysia #MalaysiaMadani #Temuduga #SPA9 ♬ Best background music for corporate CM, company description videos, etc. – harryfaoki
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Salam, the thoughtful writer at www.triviamy.com, delves into the heart of current issues in Malaysia, offering readers a nuanced perspective and in-depth analysis. Stay informed with Salam’s engaging articles on the latest happenings in the country.