Permohonan Bantuan RM300 Setiap Bulan Untuk Rakyat Bermula Hari Ini!

Kongsi Artikel Ini

Bantuan RM300 Setiap Bulan Bagi Bagi Orang Selangor Mulai Hari Ini ~ Mohon Sekarang!

Bantuan RM300 Setiap Bulan Mulai Hari Ini. Khusus bagi rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bantuan Hidup Sejahtera Selangor (BINGKAS) dalam Bajet Negeri yang telah dibentangkan pada 26 November 2021.

BINGKAS adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah RM3,000 iaitu dengan menyediakan bantuan bulanan pembelian keperluan asas berjumlah RM 300.


Bantuan ini merupakan bantuan yang akan menggantikan inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang telah berakhir pada 30 Jun 2022.

Bantuan RM300 Setiap Bulan

Isi Kandungan

JUMLAH BANTUAN RM300 SETIAP BULAN



Untuk makluman anda, Bantuan Hidup Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah memperuntukkan sebanyak RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM108 juta bantuan untuk membantu 30,000 isi rumah yang layak termasuk juga dengan ibu tunggal.

Baca Juga:

Tujuan Utama Bingkas




Tujuan utama bantuan ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik serta membesarkan anak-anak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN



Permohonan dan juga Pendaftaran Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) hendaklah menepati syarat serta kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor.
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan.

PERMOHONAN BINGKAS

Sekiranya ingin membuat permohonan, anda boleh melayari laman web BINGKAS Selangor di pautan berikut https://bingkasselangor.com/

Leave a Comment