Dapat Perantisiswa percuma, jual semula sehingga RM900

Kongsi Artikel Ini

Hari ini, tular sebuah hantaran di laman Facebook mengenai seorang pelajar tergamak menjual gajet diperoleh menerusi Peranti Siswa sehingga mengundang amarah ramai.

Menerusi hantaran dikongsikan pengguna platform Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, pelajar tersebut didakwa menjual gajet Samsung Tab A8 menerusi sebuah laman jualan dalam talian.




Difahamkan, tujuan jualan gajet pemberian Peranti Siswa itu adalah hanya kerana mahu menukar kepada sebuah iPad.

“Dapat daripada Peranti Siswa, tak guna pun. Alasan jual, sebab nak tukar kepada iPad untuk kegunaan pelajar. Perlukan banyak penulisan dan buat nota,”tulisnya dalam hantaran tersebut.




Isi Kandungan

Tak bersyukur!

Bagaimanapun, tindakan tersebut mendapat kecaman ramai memandangkan Samsung Tab A8 itu diperolehi daripada Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Mana tidaknya, gajet tersebut diperolehi secara percuma dan ia sepatutnya digunakan untuk pembelajaran dan tidak dibenarkan sama sekali dijual semula.



Ramai menyifatkan tindakan pelajar tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak bersyukur dengan inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan buat para pelajar di luar sana.

Screenshot 2022 10 24 144232 Screenshot 2022 10 24 144130 Screenshot 2022 10 24 144129

Awal2 lagi dah langgar syarat perjanjian

Selain itu, tindakan pelajar tersebut menjual peranti itu dikatakan sudah melanggar syarat perjanjian seperti termaktub.



Sehingga kini, semakan mendapati senarai penjualan tablet Peranti Siswa tersebut tidak lagi wujud di laman jualan dalam talian tersebut.

syarat

Sekadar info, difahamkan kira-kira 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak dalam insentif Peranti Siswa akan menerima peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dipetik berkata, jenama dan model itu yang ditawarkan oleh syarikat Samsung boleh menyokong pengguna kad sim rangkaian 4G dan LTE.

Sumber: Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ini & ohmymedia.cc

Leave a Comment