Lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Semporna

Kongsi Artikel Ini

SEMPORNA: Seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna, Faizal Ahmad, berkata mangsa Azman Tugau dilaporkan diserang buaya dalam kejadian 3 petang tadi.




“Maklumat mengenai kejadian diperoleh dari rakan mangsa yang bersama-sama memancing, maklumat lain seperti umur mangsa tidak diperoleh dan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Baca Juga

Faizal dalam pada itu berkata pasukan bomba sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian serta menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa.

Sementara itu, Faizal ketika dihubungi pemberita berkata berdasarkan maklumat awal diperolehi mangsa berusia 34 tahun memancing di pinggir sungai bersama sepupunya (maklumat sebelum ini rakan) tanpa menggunakan bot.



“Tiba-tiba mangsa dibaham buaya dan sepupu beliau berjaya melarikan diri, kemudian melaporkan kejadian kepada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 8.35 malam ini, dan akan disambung semula jam pagi esok. – BERNAMA

Leave a Comment