Gempar! Berlaku Letupan Di Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL

Kongsi Artikel Ini

Letupan kecil pada hari terakhir Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di Pavilion KL itu dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian sehingga mengakibatkan litar pintas.

Acara pertunjukan fesyen melibatkan pereka baju tempatan iaitu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) merupakan acara tahunan yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah Pavilion KL.



Sejak hari pertama berlangsung bermula pada 17 Ogos lalu, pelbagai jenis rekaan baju yang dipersembahkan oleh pereka tempatan seperti Hatta Dolmat, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini dan banyak lagi.

Baca Juga

Diadakan di ruangan tengah utama (Centre Court) di tingkat dua, pengunjung pusat beli-belah berkenaan juga berpeluang untuk melihat sama rekaan baju yang digayakan oleh model.

Gempar Berlaku Letupan Di Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL 1

Letupan kecil di belakang pentas KLFW

Pada hari terakhir acara KLFW iaitu semalam (21 Ogos), satu insiden kecil berlaku di Pavilion KL didakwa berhampiran dengan pentas pertunjukan fesyen tersebut.

Memetik laporan Astro Awani, insiden yang berlaku pada petang Ahad semalam didakwa berpunca daripada litar pintas.

Gempar Berlaku Letupan Di Belakang Pentas KLFW Di Pavilion KL 2

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihak mereka tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada pusat beli-belah tersebut berhubung insiden terbabit.




“Kami sudah menghubungi pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan dan mereka memaklumkan letupan tersebut dipercayai berlaku akibat masalah pendawaian sehingga mengakibatkan litar pintas.” – Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam enam petang itu berjaya dikawal oleh pihak pengurusan bangunan melibatkan beberapa polis bantuan serta pengawal keselamatan.




Dalam pada itu, video insiden tersebut juga sempat dirakam dan dimuat naik oleh pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi di laman TikTok miliknya (Datuk Aznil Nawawi) ketika sedang berada berhampiran di lokasi letupan kecil berkenaan.

@datukaznilnawawi Paknil tengah tunggu giliran nak masuk untuk walk baju @Neonate Clothing Co ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

@rolandteo00happy chinese new year♬ original sound – Roland Teo

Sekiranya anda berada berhampiran dengan kawasan yang berbahaya seperti ini, elakkan menggunakan eskalator atau lif bagi mengelakkan sebarang risiko.

Sumber: The Rakyat Post

Leave a Comment