COVID-19: 260 kes baharu, jumlah kedua tertinggi sehingga kini

PUTRAJAYA: Terdapat pertambahan 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada Khamis sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sehingga kini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes.
Oleh itu, katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 1,334 kes.
“Daripada 260 kes yang direkodkan hari ini, hanya satu kes import yang direkodkan melibatkan bukan warganegara Malaysia dari United Kingdom.
“Sementara itu, daripada 259 kes penularan tempatan, 130 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 129 bukan warganegara,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Perincian kes penularan tempatan adalah seperti berikut:

Sabah: 118 kes

• 74 kes daripada Kluster Laut yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara
• 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara
• 10 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan sembilan warganegara dan satu bukan warganegara
• 11 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara
• Enam kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara
• Satu kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan warganegara
• Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Joo Hwa yang melibatkan bukan warganegara
• Satu kes daripada Kluster Sakong yang melibatkan warganegara
• Satu kes saringan rujukan ke hospital yang melibatkan warganegara
• Satu kes saringan prapembedahan yang melibatkan warganegara
• Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara
• Satu kes saringan masuk kerja yang melibatkan bukan warganegara.

Kedah: 98 kes

• 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang melibatkan 35 kes warganegara dan 53 kes bukan warganegara
• Lima kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11212 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
• Tiga daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Ketil yang kesemuanya melibatkan warganegara
• Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
• Satu saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara.

Kuala Lumpur: 13 kes

• 12 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
• Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11,251 yang melibatkan warganegara.

Selangor: 13 kes

• Sembilan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
• Tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara
• Satu kes saringan bergejala yang melibatkan bukan warganegara.

Johor: Lima kes

• Empat kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara
• Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Putrajaya: Lima kes
•Semua daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
Terenganu: Dua kes
• Kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
Perlis: Dua kes
• Kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
Melaka: Satu kes
• Kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
Pahang: Satu kes
• Kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
Pulau Pinang: Satu kes
• Kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 47 kes telah pulih, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 10,014 kes (87.2 peratus).
Pada masa sama, terdapat 20 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini, justeru jumlah kematian kekal 136 kes.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan