TERKINI : Kerajaan Sabah Akan Memberikan Bantuan Khas Sebanyak RM1,000

Kongsi Artikel Ini

Kerajaan Sabah Akan Memberikan Bantuan Khas Sebanyak RM1,000.

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Sabah telah mengumumkan iaitu bantuan khas kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri. Pembayaran akan dibuat pada Januari 2023.

Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bantuan khas itu akan membabitkan pembayaran kepada penjawat awam negeri.


Beliau berkata demikian semasa pembentangan Bajet Negeri Sabah 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Baca Juga:

“Bayaran bantuan khas ini diharap agar dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak dan juga untuk sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.



“Di samping itu, bantuan khas iaitu sebanyak RM500 juga akan turut diberikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang akan dibayar pada bulan April 2023,” katanya.




Menurut beliau lagi, dengan pemberian insentif itu diharap penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan.

Leave a Comment