Panduan Mohon Pengeluaran Duit ASB Secara Online Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Had Pengeluaran MyASNB Dinaikkan, Ini Buat Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah!

Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.

Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!

Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.



Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.

Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal MyASNB, manakala di aplikasi MyASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

Pengeluaran Duit ASB

Jom kami kongsikan cara membuat pengeluaran ASB online.

Baca Juga :

Pengeluaran MyASNB Secara Dalam Talian


Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!

Cara Mohon Pengeluaran Duit ASB Online




Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

Panduan Buat Pengeluaran Duit ASB Online

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

Pengeluaran Duit ASB

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

Pengeluaran Duit ASB

SELESAI!

Had Minimum & Maksimum Pengeluaran ASB Online Setiap Bulan

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Maklumat Lanjut



Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
Hotline ASNB: 03-7730 8899

Share laju-laju. Ramai yang belum tahu!

Leave a Comment