TERKINI : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK) ~ JPKA Sabah

Kongsi Artikel Ini

Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK) ~ JPKA Sabah

Untuk makluman anda, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian yang akan mula beroperasi pada 1 Januari 2023.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, permohonan dalam talian itu telah disediakan untuk memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan serta kesejahteraan mereka.


“Berhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah peruntukan tahunan yang telah disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad.

“Oleh dengan itu, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka mestilah memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan yang sedia ada yang belum ada komitmen.

“Selain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023,” katanya semalam.



Beliau menjawab soalan asal Dr Daud Yusof (Bongawan-Warisan) yang ingin tahu mengenai inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima dan ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih lagi dalam proses menunggu.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai JPKAS atau Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di halaman TriviaMy ini untuk makluman bersama.




Baca Juga:

Isi Kandungan

JENIS PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN JPKA SABAH



Berikut merupakan jenis bantuan yang telah disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

  • Bantuan Am
  • Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Segera
  • Bantuan Anak Pelihara
  • BANTUAN LATIHAN PERANTIS
  • BANTUAN SEKALIGUS
  • PENGURUSAN BANTUAN BENCANA & PERKHIDMATAN AM

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN




Untuk pengetahuan anda, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah. tidak mempunyai pendapatan tetap, miskin / balu / janda / warga emas atau Orang Kurang Upaya.

Permohonan Bantuan Kebajikan

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN



Anda perlu membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah yang berdekatan dengan anda.

Mulai 1 Januari 2023, permohonan akan dibuka secara online melalui laman web https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/

Permohonan Bantuan Kebajikan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN




  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran.
  • Salinan surat beranak.
  • Laporan perubatan (jika berkaitan).
  • Surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank.

Borang Pengesanan Perkhidmatan / Rujukan Awal boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari https://jpka.sabah.gov.my/ ATAU Sila dapatkan maklumat permohonan melalui laman web https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/

Leave a Comment